Rabu, 5 Jun 2013

Bahang panas hulu selangor

   Setelah PRU13 berlalu , parti - parti politik akan menghadapi pilihan dalam parti . Adakala pemilihan dalaman parti ( Pemilihan Jawatan Kuasa ) lebih sengit dari PRU. Umpama contoh UMNO Bahagian Hulu Selangor. Penyandang ketua bahagian tidak lagi menjadi Y B.
Dari bualan yang di dengar , Dato Idris akan mempertahankan jawatan ketua bahagian Hulu Selangor. Pernah seseorang bercerita telah ada memaklumkan kepada cawangan - cawangan akan hasrat Dato Idris tersebut. Adakah wajar jawatan itu di pertahankan atau serahkan kepada kepimpinan baru. Sekarang ini jawatan timbalan ketua bahagian di sandang olih Dato Isa Kasim. Mungkin Dato Isa Kasim akan bertanding jawatan Ketua Bahagian kerana Dato Idris Bakar pun bukan adun lagi sama seperti beliau.


Jika Dato Isa Kasim berhasrat merebut jawatan Ketua Bahagian , tentunya berdepan pertarungan yang sengit. Ini kerana ketua wanita bahagian juga adalah seorang ADUN di Hulu Bernam yang berada di belakang Ketua Bahagian sekarang. Begitu juga dengan pergerakan Puteri dan Pemuda. Pasti Dato Isa akan mencari regu yang mantap untuk berhadapan dengan kem Dato Idris Abu Bakar. Team pemuda dan putri yang di cari mesti mampu menyaingi team yang ada sekarang . Kebetulan pemuda pun akan muncul muka baru .Siapakah yang menjadi regu team Dato Isa nanti .


Bagaimana pula dengan sdr Amat Nadzri Dahlan yang sekarang sebagai ADUN Batang Kali. Adakah tidak  berminat sebagai ketua bahagian. Mungkin sdr YB Nadzri tidak bersuara  , tetapi ahli - ahli umno Hulu Selangor harus mempunyai fikiran yang matang. Bagaimana jika  ADUN tidak menjadi Ketua Bahagian , tambahan pula Selangor di tadbir olih Pakatan Rakyat. Maka penyelaras BN Bahagian akan menjadi jawatan penting dalam penyaluran peruntukan dari pusat. Jika ADUN tidak menjadi ketua bahagian atau penyelaras , sukar bagi ADUN untuk  menjalankan  tanggung jawab dalam penguruskan peruntukan. Hulu Selangor kira bernasib baik kerana ada seorang MP bertaraf timbalan menteri. Sdr YB Amat Nadri Dahlan harus memikirkan perkara ini , bukan hanya mengenang budi saja. Ini soal masa depan politik keseluruhan.

 Ada juga cawangan atau bahagian mempunyai ketua dari kalangan wanita. Bagaimana kalau kedua ADUN ini berbincang untuk kerusi Ketua Bahagian dan Timbalan Ketua Bahagian. Dato Rosni juga banyak pengalaman di peringkat tertinggi. Rasanya mampu untuk mentadbir UMNO Bahagian Hulu Selangor. Dato Idris patut memberi laluan kepada dua ADUN ini untuk mentadbir UMNO Bahagian Hulu Selangor. Ini rasanya jalan terbaik untuk mengelakan persaingan yang sengit dalam perebutan jawatan.

Adakah ini regu Dato Isa Kasim dalam perebutan jawatan UMNO bahagian Hulu Selangor nanti. Pengalaman dalam bahagian cukup lama dan pernah menyandang timbalan ketua pemuda dantimbalan ketua bahagian.

Apapun kita nantikan saat dan ketika pemilihan dari cawangan nanti yang menunjukan corak pemilihan bahagian .

Tiada ulasan: