Sabtu, 19 Mei 2012

natijah dari dasar penswastaan

Sembang petang tadi aku fikir ada perubahan pada fikiran rakyat bawahan. Nampak mereka telah membuka minda walaupun masih di belengu dengan tayangan tayangan dari tv1 dan tv 3. Banyak ketara dalam perbualan mereka perubahan dalam pemerhatian politik semasa.

Umpama mereka berpendapat masalah air dan letrik adalah keperluan asas masyarakat. Tidak patut di swastakan. Kerana bila swasta syarikat akan membuat keuntungan.Tiap tahun syarikat akan ada sasaran keuntungan untuk dicapai. Ini bermakna syarikat akan membuat sasaran keuntungan dengan kos yang terpaksa ditanggung olih pengguna. Kenaikan kos membuatkan charge AIR dan LETRIK akan naik.





Keadaan PM membuat perbagai curahan kepada rakyat sudah menjadi seperti untuk menghabiskan simpanan negara. Jika BN kalah PRU 13 ini maka KERAJAAN BARU akan kesempitan untuk menari duit bagi memenuhi janji mereka.Isu-isu pemimpin BN juga telah di bualkan di kedai kopi. Memang rakyat kini telah peka dan tidak mempercayai MEDIA UTAMA sepenuhnya.

Mungkin ini juga natijah dari dasar penswastaan dari TUN M dulu memberi kesan waktu kini.Bila masalah penyaliran air dari Pahang ke Selangor akan menaikan harga air di Selangor.Kenapa SYABAS bertahan bersungguh - sungguh supaya SYABAS tidak di ambil olih kerajaan semula.Ini baru satu negeri .. bagaimana dengan negeri yang lain.Pendedahan tenaga letrik persendirian yang di bayar olih TENAGA NASIONAL juga membuat rakyat rasa terbeban. Subsidi berjuta ringgit di beri kepada syarikat ini tetapi kos kenaikan letrik di tanggung olih rakyat.Sememang ini akan memberi kesan pada PRU 13 nanti.Ini adalah antara dasar Penswataan yang bakal memberi satu kejutan pada BN dalam PRU 13.

Tiada ulasan: