Sabtu, 26 Mei 2012

bila maut datang

Bila maut datang memanggil ...
Part 1

Part 2
Apakah kita sudah bersedia menghadapi perkara yang pastu datang.

Rabu, 23 Mei 2012

DEBAT ISU PTPTN


MESRA DI MEJA MAKAN , KENAPA RAKYAT BAWAH TIDAK SEDEMIKIAN

PART 1


PART 2


PART 3


Sidang Media Bersama

Selasa, 22 Mei 2012

Sabtu, 19 Mei 2012

natijah dari dasar penswastaan

Sembang petang tadi aku fikir ada perubahan pada fikiran rakyat bawahan. Nampak mereka telah membuka minda walaupun masih di belengu dengan tayangan tayangan dari tv1 dan tv 3. Banyak ketara dalam perbualan mereka perubahan dalam pemerhatian politik semasa.

Umpama mereka berpendapat masalah air dan letrik adalah keperluan asas masyarakat. Tidak patut di swastakan. Kerana bila swasta syarikat akan membuat keuntungan.Tiap tahun syarikat akan ada sasaran keuntungan untuk dicapai. Ini bermakna syarikat akan membuat sasaran keuntungan dengan kos yang terpaksa ditanggung olih pengguna. Kenaikan kos membuatkan charge AIR dan LETRIK akan naik.





Keadaan PM membuat perbagai curahan kepada rakyat sudah menjadi seperti untuk menghabiskan simpanan negara. Jika BN kalah PRU 13 ini maka KERAJAAN BARU akan kesempitan untuk menari duit bagi memenuhi janji mereka.Isu-isu pemimpin BN juga telah di bualkan di kedai kopi. Memang rakyat kini telah peka dan tidak mempercayai MEDIA UTAMA sepenuhnya.

Mungkin ini juga natijah dari dasar penswastaan dari TUN M dulu memberi kesan waktu kini.Bila masalah penyaliran air dari Pahang ke Selangor akan menaikan harga air di Selangor.Kenapa SYABAS bertahan bersungguh - sungguh supaya SYABAS tidak di ambil olih kerajaan semula.Ini baru satu negeri .. bagaimana dengan negeri yang lain.Pendedahan tenaga letrik persendirian yang di bayar olih TENAGA NASIONAL juga membuat rakyat rasa terbeban. Subsidi berjuta ringgit di beri kepada syarikat ini tetapi kos kenaikan letrik di tanggung olih rakyat.Sememang ini akan memberi kesan pada PRU 13 nanti.Ini adalah antara dasar Penswataan yang bakal memberi satu kejutan pada BN dalam PRU 13.

BN lupa diri bahawa yang memberikan mereka kuasa adalah rakyat

Malaysia di katakan merdeka semenjak 1957. Rupanya yang merdeka bagi yang memerintah sahaja . Pada yang lain atau rakyat masih di belengu penjajahan. Rakyat di belengu pemerntah sesuka hati fikiran , kebebasan , keperluan semua masih di jajah. Rakyat di jajah dengan mengelirukan perkataan " PEMBANGKANG ". Rakyat tidak dapat membezakan penggunaan perkataan itu dengan tepat. Rakyat di didik atau di tanamkan dalam fikiran bahawa PEMBANGKANG adalah selain dari UMNO/BN. Hinggakan Kerajaan Negeri pun di sebut PEMBANGKANG. Itulah keadaan rakyat di Malaysia kini.UMNO / BN lupa diri bahawa yang memberikan mereka kuasa adalah rakyat. Yang menarik kuasa mereka adalah rakyat juga. Tidak timbul menjatuhkan kerajaan kerana rakyat yang menentukan siapa bakal menerajui kerajaan.

Ada yang mengatakan kenapa DSAI ingin menjadi PERDANA MENTERI. Satu soalan yang sengaja di putarkan kepada rakyat. Sememang hasrat setiap parti politik untuk mentadbir negara. Kenapa pula UMNO / BN tidak mahu undur dari mengetuai Kerajaan ... cuba pula kita tanya soalan demikian. Di kampong pun berlaku keadaan yang sama , cawangan parti , jkkk , surau/ masjid. Keadaan yang tidak pelik dan kerap berlaku dalam pemilihan . Jentera politik dalam kerajaan seperti " JASA " dan " KEMAS " yang kakitangan di ambil secara kontrak untuk mempastikan sokongan rakyat kepada kerajaan. Ini ramai yang tahu peranan mereka.Kekadang JASA pula sebagai pencetus perbalahan di sesuatu tempat untuk menaikkan seseorang pemimpin. Kesilapan UMNO / BN bermula dari perpecahan 1997 bila kekalahan Tun M ( ada yang mengatakan begitu ) di tangan Tengku LI . Atas tektik dan teknik memenangkan Tun M dengan tipis .Sehingga UMNO di haramkan. UMNO sekarang tidak seperti dulu .. keahlian umno bukan 100 % melayu dan berugama islam.Dengan serang terus menerus berkaitan isu sex menyebabkan rakyat berfikir ini adalah satu rekaan politik semata. Tidak seperti UMNO / BN yang banyak di kaitkan dengan isu penyelewengan pentadbiran. Isu Kapal Selam , Pembunuhan Altantuya , Penipuan PKFZ , Lembu ,Bill Out dan sebagainya. Jadi bagaimana rakyat dapat menerima BN/UMNO seperti dahulu. FIKIR FIKIR FIKIR FIKIR FIKIR ............

Rabu, 16 Mei 2012

Nik Abd Aziz dan Abdul Kadir Sheikh Fadzir

Ceramah Umum dan Isu- Isu Semasa oleh Tuan Guru Dato' Bentara Setia Hj Nik Abd Aziz Nik Mat dan Tan Sri Abdul Kadir Sheikh Fadzir di Perkarangan Pejabat Pas di Pantai Irama, Bachok.