Aku yang di katakan tinggal di kawasan ulu atau pendalaman. Memang Ulu pun dan dua kalu Ulu ... Dalam sembang kedai kopi , aku perhatikan sejak kebelakangan ini jelas membawa satu perubahan minda pada masyarakat di sebut pengundi. Sama dah berusia yang pernah berkhidmat sebagai SC , HG berterima kasih pada kekuatan PR sebagai pembangkang .Begitu juga penerima BR1M 500 . Ini bermakna kehadiran pembangkang telah di akui membantu perubahan pada kerajaan yang memerintah. Menyebabkan kerajaan memberi perhatian yang lebih dalam usaha memenagi hati rakyat.
Dari apa yang di ceritakan , mereka akui perlu ada pembangkang yang kuat untuk menjadi pemerhati pada kerajaan. Yang lebih menarik mereka kata jangan berikan BN kemenangan yang besar agar mereka sedar bahawa rakyat perlu di beri perhatian. Ini dari kawasan yang di katakan Ulu dan kubu kuat UMNO / BN. Jika ini berterusan , sehingga tarikh pengundian , maka kubu kuat UMNO / BN ini bukan satu keselesaan pada UMNO / BN lagi. Bukan bermakna kekuatan UNMO / BN bolih mempengaruhi kemenangan jika di lihat perubahan pada pandangan pengundi. Isu liwat bukan lagi senjata yang mujarab untuk menarik perhatian pengundi.
Isu penyelewengan lebih memberi kesan kepada pengundi . Banyak contoh penyelewengan di bicarakan terutama di kawasan setempat . Pengundi sudah nampak dan membuka mata
Tiada ulasan:
Catat Ulasan