Ahad, 22 Mei 2011

Nasib Anak Yatim Di Malaysia Tidak Sebaik Kehamilan Luar Nikah



Wajarkan seorang menteri berkata begini


Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.




Bernama memetik menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata beliau juga tidak pasti sama ada rumah anak yatim itu berdaftar di bawah mana-mana agensi di kementerian lain.

"Yang terlibat (dalam tragedi ini) ada pelajar, ada anak yatim, ada guru. Kita tidak tahu ia di bawah agensi mana," katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim itu malam semalam.


Apakah ketua wanita UMNO tidak tahu ada ayat Al Quran berkaitan anak yatim. Mengingatkan kita akan tanggung jawab terhadap anak yatim .Jika kita mengabaikan anak yatim bererti kita mendustakan agama yang kita anuti. Sedangkan orang yang hamil luar nikah pun kerajaan bagi kemudahan tanpa mengira atau mengenepikan hukum UGAMA dalam masalah kehamilan luar nikah.Inikah sikap pemimpin yang berkata menegakkan UGAMA ISLAM.


Tiada ulasan: