Khamis, 14 April 2011

APA PERANAN NAJIB DALAM PEMBUNUHAN ALTANTUYA

KENYATAAN MEDIA

Saya merujuk kepada wawancara bersama Raja Petra Kamaruddin yang
disiarkan di TV3 semalam yang bertujuan untuk memesongkan fakta di
dalam Akuan Bersumpah beliau bertarikh 18 Jun 2008. Akuan Bersumpah
tersebut telah mendedahkan dakwaan seri us terhadap Perdana Menteri
Dato' Sri Mohd Najib Razak dan isterinya Datin Sri Rosmah Mansor.

Kenyataan Raja Petra semalam yang dibuat tiga tahun selepas Akuan
Bersumpah tersebut kelihatan tidak begitu penting dan kurang bernilai.
Satu-satu Akuan Bersumpah perlu dibaca dan ditafsirkan berdasarkan
kandungan sepenuhnya. Wawancara televisyen tidak sedikit pun
menjejaskan isi atau kebenaran kandungan Akuan Bersumpah, melainkan
wujud bukti berlakunya tekanan yang mana ianya tidak berlaku dalam kes
ini. Adalah penting untuk dinyatakan bahawa Raja Petra telah
mengesahkan Akuan Bersumpah beliau pada 18 Jun 2008 di mana beliau
telah dimaklumkan oleh "sumber yangjavascript:void(0) boleh dipercayai" berkenaan
perkara ini.




WARTAWAN RASMI LAMAN REFORMASI: APA PERANAN NAJIB DALAM PEMBUNUHAN ALTANTUYA

Tiada ulasan: