Ahad, 14 November 2010

Haji dan Korban tahun ini bertemu lagi



Alhamdulillah kita bertemu lagi dengan satu lagi hari kebesaran dalam kalendar islam. Aidil Adha atau lebih di kenali Hari Raya Haji. Haji adalah rukun islam ke lima.. Oarng yang mengerjakan haji umpama bayi yang baru lahir bagi haji yang MABRUR.Namum ada beberapa perkara yang aku sendiri merasa hairan dengan segelintir orang yang menunaikan haji ini. Aku tahu bahawa aku tidak arif dalam soal ugama islam.

Yang pertama haji diletakan di awal nama. Sejak bila di guna pakai. Tidak ada jawapan yang aku terima dengan tepat. Yang kedua dengan segelintir orang yang marah jika tidak di panggil haji pada nama mereka. Yang ketiga haji ini telah menjadi seperti satu gelaran seperti anugerah pingat kebesaran.Aku pernah bertanya , kenapa sahabat nabi tudak pernah orang memanggil haji. Adakah keran mereka tidak menunaikan haji. Walhal kita sekarang subik dengan gelaran haji.

Berkaitan denga haji adalah KORBAN. Ini juga telah lama bermain di fikiran aku juga.Siapa sebenarnya yang perlu melakukan KORBAN. Individu yang berkemampuan atau wakil rakyat atau badan koperat. Telah menjadi trend wakil rakyat menyerahkan lembu korban pada masjid dan surau. Banyak sungguh duit wakil rakyat jika memberi lembu di kawasan masing-masing. Sampai ada yang merajuk jika surau atau masjid tidak dapat lembu wakil rakyat. Atas nama siapakah lembu ini di SEMBILIH UNTUK KORBAN. Tu yang buat ada cerita lembu YB hilang , lembu YB tak sampai dan berbagai cerita sehingga kena buat laporan SPRM dan POLIS.

Bagaimana pun aku tidak memanggil HAJI dengan sahabat aku walaupun dia IMAM masjid sekalipun.Belum pernah aku dengar penceramah ugama menyebut haji pada sahabat nabi tetapi umat zaman ini tidak tnggal dengan sebutan itu. Seperti umat zaman para sahabat tidak menunaikan haji.

Tiada ulasan: