
Beliau berkata, Mohd Saiful memaklumkan kepadanya bahawa individu berkenaan tidak menggunakan kekerasan terhadapnya dan bahan pelincir digunakan dalam perbuatan itu, dengan episod terakhir berlaku dua hari sebelum dia pergi ke hospital untuk mendapatkan pemeriksaan perubatan.
Menjawab soalan Timbalan Pendakwa Raya, Datuk Nordin Hassan semasa pemeriksaan utama bilakah Mohd Saiful memberitahunya tentang perkara itu, Dr Siew berkata, beliau mendapat maklumat itu daripada Mohd Saiful semasa merekodkan sejarah perubatannya.
“Selepas Mohd Saiful memberitahu dia diliwat, saya bertanya kepadanya sama ada kondom telah digunakan, Mohd Saiful menjawab tidak, tapi katanya bahan pelincir telah digunakan,” katanya pada perbicaraan kes liwat Ahli Parlimen Permatang Pauh, Datuk Seri Anwar Ibrahim, yang dituduh meliwat Mohd Saiful, 25, di Unit 11-5-1, Kondominium Desa Damansara, Jalan Setiakasih, Bukit Damansara, antara jam 3.01 petang dan 4.30 petang pada 26 Jun 2008.
Tiada ulasan:
Catat Ulasan