Ahad, 2 Mei 2010

PRK Hulu Selangor Pengundi di Beli BN

Aku ingat ini cuma cerita kosong je... tapi bila lihat di sini.....
02 mei 2010
Pengundi tak puas hati buat laporan polis
17 Jamadil Awal 1431H.


Beberapa pengundi Hulu Selangor yang tidak puas hati hari ini membuat laporan polis berhubung pengagihan wang tunai yang didakwa tidak setara dalam pilihan raya kecil parlimen itu Ahad lalu.

Menurut cerita yang aku dengar , memang ada pemberian wang kepada pengundi.Dari seseorang wakil UMNO Kota Raja menjelaskan wang tersebut telah di berikan kepada cawangan - cawangan UMNO. Pemberian di laksakan atas kategori pengundi putih.Ini menyebabkan ada yang dapat dan ada yang tidak. Lebih malang lagi ada ajk cawangan yang tidak dapat.Bagaimana mereka di kategorikan pengundi putih ???? . Kerana berkawan atau menerusi cakap yang selalu kontra dengan pemimpin tempatan atau suka sendiri melabelkan begitu.

Rakan aku sendiri bercerita , adik dia dapat . Dia pergi semak pendaftaran undi di bilik gerakan UMNO Cawangan dan melihat pemberian wang itu. Tapi dia sendiri tidak diberi.Ada yang dapat juga hairan kenapa rakan - rakan lain tidak dapat.Ini menyebabkan pengundi akan menjauhkan diri dengan Parti yang mengelolakan Bilik Gerakan itu.Pada aku daftar sebagai pemilih adalah berbeza dengan ahli parti. Sebagai rakyat kita mesti daftar sebagai pemilih baru bolih mengundi. Ahli parti bukan bermakna berdaftar sebagai pemilih.

Memang ramai ahli UMNO yang bercerita hal ini. Nampak gaya UMNO akan terus dilanda masalah dalaman dengan perkara ini.

Tiada ulasan: