Isnin, 5 April 2010

Hulu Selangor Yang Cun


Hebat .... hebat .... Hulu Selangor terus di janjikan peruntukan pembangunan yang mendadak . Tumpuan Pak Menteri dan Isteri mengumumkan pembangunan yang begitu drastik. Seperti Hulu Selangor terlalu mundur dari arus pembangunan .Tapi kenapa dalam seminggu ni ramai Pak Menteri datang ke Hulu Selangor.

Ooooooo ... rupanya Hulu Selangor akan diadakan PRK. Memanglah begitu keadaan bila PRK akan di adakan. Patutlah ramai yang mencari rumah sewa dan ada yang sanggup bagi sewa rumah sendiri. Berbaloi juga kata mereka.. Duduk seminggu bayar sebulan . Harga sewa berlipat ganda.Rezeki orang Hulu Selangor.

Bagaimana dengan janji pada Pilihan Raya Umum lepas. Dah di buatke.... , ada yang bertanya.Biasa lah... nama pun janji pilihan raya.Apa pun untuk menampong kehadiran penyokong parti dari luar ni harus di bendung juga. Nanti orang Hulu Selangor tak kecoh , orang luar pula yang lebih.Ini patut di pantau dariawal lagi.Sekarang pun dah mula orang yang tidak di kenali berkeliaran di Hulu Selangor. Entah polis ke, penyokong luar ke tak tahu.

Nampak gaya kedua - dua pihak yakin akan menang PRK ini. Bagus ada keyakinan diri. Betul ke mereka yakin !!!!!

Tiada ulasan: