Isnin, 26 April 2010

BN Menang Dalam Kekalahan



PRK Hulu Selangor telah pun berakhir semalam. Kemenangan calon BN 1725 undi. Satu kemenangan yang tidak setimpal dengan perbelanjaan di laborkan semasa PRK Hulu
Selangor.Perlu diingat Hulu Selangor adalah kubu UMNO paling kuat di Selangor. Pada 2008, kemenangan PR adalah semata-mata kerana protes terhadap Palanieval. Pada 2008, UMNO/BN menang KESEMUA kerusi DUN termasuk Kuala Kubu Baru.

Sebenarnya di atas kertas, BN sudah memenangi PRK Hulu Selangor. Tanpa pilihanraya pun BN sudah mendahului dengan 6000 undi! Mengikut rekod, ketiga-tiga DUN di Hulu Selangor dimenangi BN dengan majoriti 6000 undi. Hanya nasib yang memenangkan calon PR pada PRU ke 12 yang lepas.

Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 atau 52.7 peratus terdiri daripada Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratus India dan kira-kira 1,000 Orang Asli


Kemanakah pergi undi kemenangan bagi DUN yang sememangnya di menangi BN semasa PRU 12 dulu. Ini perlu di beri perhatian.

Namun saya tegaskan bahawa Hulu Selangor sebenarnya adalah bukti bahawa BN masih ditolak oleh rakyat. Jumlah kekalahan tipis calon PKR membuktikan jentera PKR dan Pakatan Rakyat masih berbisa dan satu ancaman yang besar kepada BN.

Maka saya tegaskan bahawa satu fenomina biasa dengan kemanangan calon BN namun jangan mendabik dada dengan kemenangan itu kerana rakyat Hulu Sealngor mulai hari ini sedang menunggu janji-janji yang ditabur di situ.

Tiada ulasan: