Khamis, 27 Ogos 2009

betul ke menolak pembangunan

Betul ke pengundi Permatang Pasir menolak pembangunan.Jika itu yang di katakan olih pemimpin BN / UMNO bermakna dari dulu lagi Kuala Lumpur tidak akan membangun. Di Kuala Lumpur bolih di kira berapa kali BN menguasai Kerusi Parlimen. Terutama kawasan Bukit Bintang.Juga cuba lihat kawasan sekitar Lumpur juga. Kepong , Kelang , Kajang , seremban. Adakah kawasan ini tidak membangun.

Tidak sampai sepenggal PR memerintah Penang , bagaimana semasa BN memerintah dulu. Agaknya terlupa untuk membangunkan Permatang Pasir.

BN masih ketinggalan jika mengungkit dalam kempen soal pembangunan.Tidak ingatkah berapa lama BN memerintah , kenapa sekarang masih berkata soal pembangunan di kawasan pilihan raya ......atau dulu terlupa soal pembangunan semasa memerintah.Jika berkata soal pembangkang di DUN Penang .... adakah BN lupa bahawa mereka adalah pembangkang di DUN Penang. Jadi ayat ini kena ubah . Mungkin kerana BN bercita cita untuk jadi pembangkang di pusat.....

Dalam soal kemelut politik sekarang , rakyat masih tertanya - tanya dengan aduan penyelewengan yang berlaku kepada pemimpin BN.Yang jelas jika membabitkan pemimpin PR maka akan segera di siasat.Walhal banyak berlaku dalam inden di DUN , klas F terpaksa membayar komisyen di pejabat DUN untuk mendapatkan kerja semasa BN dulu.

BN harus berfikir ikut peredaran masa. Umpama jika ada anggota agensi kerajaan berjumpa orang ramai yang berlainan parti , jangan menempelak kakitangan atau jabatan kerajaan berkenaan. Kakitangan bukan bebicara soal politik.

Hak rakyat sebagai pengundi mesti di hormati. Jika semua di politikan maka masyarakat juga akan menjadi hancur. Tidak ada makna melaungkan satu Malaysia jika fikiran pemimpin tidak bolih menerima pilihan pengundi sendiri.

Tiada ulasan: