Isnin, 25 Ogos 2008

Benarkah Sumpah Tidak Dipolitikan

Benarkah sumpah Saiful tidak dipolitikan ??????. Dalam kempen di Permatang Pauh BN menafikan mempolitikan sumpah Saiful. Adakah begitu ....

Hampir setiap malam isu sumpah ini di ketengahkan. Terutama waktu perdana ( Berita). Apakah ini tidak mempolitikan isu sumpah yang dilakukan. Kes ini masih belum dibicarakan lagi.Kenapa tergesa gesa untuk bersumpah. Adakah Saiful sendiri megah dengan perbuatan liwat yang di alaminya jika benar berlaku. Dengan sumpah ini , Saiful terus tanpa bicara menjatuhkan hukuman kepada Anwar Ibrahim. Jadi tak perlulah di bicarakan lagi di makamah.

Dari sembang-sembang yang didengar , kempen di Permatang Pauh ini cukup dasyat sekali.Seolah olah kempen menentukan pemerintahan negara.Makin di utarakan , semakin orang ramai menyampah mendengarnya. Sekarang ini TPM dan Bekas MB Perak pula bersumpah. Dan sumpah itu kini menjadi seperti mainan orang politik pula.

Dalam provokasi kempen , memang sudah menjadi amalan mana-mana parti membuat begitu. Samada terkawal atau tidak , itu saja. Peranan ini jika UMNO di serahkan pada gerak gempurnya.Sampai ada yang menjadi bahan ketawa , bukan berkaitan bahan letupan tetapi bilik gerakan bolih di masuki olih pihak lain.Ini satu perkara kecuaian pada parti jika berlaku.

Dalam keadaan ramai , memang ada kumpulan gempur ini memasuki kumpulan lawan untuk mendatangkan provokasi agar memberi masalah padapihak lawan.

Ada yang mencadangkan , mana - mana pemimpin yang pernah dikaitan dengan kes sex di minta bersumpah sama. Jadi kita akan mempunyai pemimpin yang telah bersumpah tidak melakukan perkara sex atau sumbang. Tidak kira pemimpin itu sekarang atau dahulu atau muncul kembali.

Elok juga begitu.

Yang sedih masyarakat ISLAM juga. Sumpah seperti tidak mempunyai nilai lagi. Sumpah kaedah terakhir selepas perbicaraan yang tidak dapat satu keputusan yang tepat.

Tiada ulasan: