Adakah rakyat benar benar bersedia dengan PRU 13 ini.Meskipun dengan berbagai isu yang telah di tonjolkan kepada umum. Kedua dua pihak sekarang di penghujung perang cyber dan " saiko " yang sungguh rancak.
Sejak lepas PRU 12 audit negara menyatakan pentadibran PAKATAN RAKYAT lebih cemerlang. Rakyat patut memberi peluang PAKATAN RAKYAT mentadbir Negara Malaysia.
Mereka buat undang-undang tapi diceroboh, sepatutnya undang-undang yang dibuat ini dipatuhi bukan dilanggar dan dinodai seperti ini.
“Undang-undang dinodai oleh orang yang berkuasa... orang yang mempunyai kuasa dalam kerajaan telah melanggar undang-undang sendiri, kalau macam ini hapuskan sahaja undang-udang Islam yang ada ini,” katanya.
Beliau juga menyifatkan langkah Putrajaya itu merupakan satu permainan politik yang jelas semata-mata mahu mendapatkan sokongan rakyat terutamanya penganut Kristian.
“Bila tiba pilihan raya mesti jadi macam ini, ini adalah satu permainan politik yang jelas.
Tegas Tamyes, undang-undang Islam yang diamalkan selama ini telah “diceroboh” dan “dinodai” oleh pihak berkuasa termasuk pemimpin kerajaan yang beragama Islam.
“Undang-undang Islam telah diceroboh dan usaha-usaha menceroboh ini berlaku dari dalam... ini yang susah kerana Islam rosak apabila ada pihak yang menceroboh dari dalam.
Pelik juga isu kalimah ALLAH di jadikan isu olih bn / umno. Muzakarah pada 21 Jan 2010 di IKIM di anjurkan olih kerajaan sendiri. Adakah ini satu perangkap terancang olih BN / UNMO ... kerana tiada resolusi di tulis selepas muzakarah itu.
Muzakarah yang di pengerusikan olih Pengerusi IKIM sendiri Dato Nik Mustafa Nik Hasan serta turut serta Prof Madya Dr Kamar Ainiah Kamarulzaman ( UIAM ) dan penasihat ugama PM Dato Dr Abdullah Md.Zin. Menurut Dr Mohd Rosdi Ismail ( IKIM ) peserta IKIM fokus berkaitan bahasa. Kelemahan yang nyata adalah dari wakil kerajaan kerana menghantar orang yang tidak layak berhujah maka mereka kaku untuk berhujah .Mereka tidak dapat menandingi hujah - hujah Dr Asri , Ustaz Hadi , Md Nur Manutty , Prof Osman Bakar.
Apa yang tidak di laporkan ialah :-
1) Penggunaan kalimah " ALLAH " untuk tujuan amalan sesama penganut ugama kristian dan yahudi adalah di benarkan olih islam dengan bersumberkan dalil ALQURAN dan AS SUNNAH serta pandangan ulamak muktabar.
2) Demi menjaga keharmonian dan kesejahteraan negara polimek ini hendaklah di selesaikan dengan menyuburkan budaya dailog antara ugama secara matang dan bijaksana.
3) Berasaskan semangat mesyuwarah dan saling memahami dalam konsep bangsa Malaysia maka suasana dan keadaan setempat per diambil dalam menentukan penggunaan kalimah " ALLAH " itu.
4) Penggunaan kalimah "ALLAH" secara tidak bertangungjawab mestilah di elakkan supaya ianya tidak menjadi isu yang bolih menjejaskan keharmonian kaum dan ugama dalam negara.
Pandangan Dr Asri dan TGHH konsisten tetapi perkara 2 , 3, 4, langsung tidak disebut. Adakah pihak kerajaan mengambil kira pandangan itu. Pihak IKIM menerima penjelasan itu. Menampakan kerajaan BN / UMNO menjadikan perkara ini isu politik PRU 13.
1) 16 Mei 1986
Jemaah menteri memutuskan 4 perkataan khusus iaitu ALLAH , SOLAT , KAABAH dan BAITULLAH tidak di benerkan penggunaannya olih bukan islam.
2) 24 Dec 2007
Akhbar The Sun telah menyiarkan artikel " Pemimpin Gereja menjelaskan penggunaan perkataan ALLAH.
3) 28 Dec 2007
" Kami telah mengambil keputusan supaya kedudukan kami dari segi undang-undang mengenai penggunaan kalimah ALLAH di selesaikan melalui mahkamah " Padri Lawrence dalam akhbar The Sun.
4) 31 Dec 2007
Paderi Lawrence Andrew menyatakan bahawa pihak KDN telah memperbaharui permit penerbitan akhbar itu ( Herald) tanpa larangan penggunaan kalimah ALLAH.
5) 3 Jan 2008
Kabinet mengekalkan larangan bagi semua ugama kecuali ISLAM dalam menggunakan kalimah ALLAH dalam penerbitan akhbar masing-masing.
6) 19 Mac 2008
Gereja Khatolik telah memohon Mahkamah Tinggi untuk melakukan semakan kehakiman terhadap larangan pengunaan kalimah ALLAH.
7) 5 Mei 2008
Mahkamah Tinggi telah membuat keputusan membenarkan permohonan Gereja Khatolik untuk membuat semakan ( Undang-undang) terhadap larangan.
8) 31 Dec 2009
Hakim Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur (Lee Ban Lan ) telah membenarkan Gereja Khatolik menggunakan perkataan ALLAH dalam penerbitan mingguannya.
( *** LARANGAN TIDAK BERSIFAT UNDANG-UNDANG).
9) 5 Jan 2010
Menteri dalam negeri mengemukakan permohonan untuk menangguhkan perlaksaan perintah itu.
10 ) 6 Jan 2010
Mahkamah Tinggi Kuala Lumpur membenarkan Peguam Negara Tan Sri Abdul Ghani Patail untuk menangguhkan perintah yang membenarkan penggunaan kalimah ALLAH dalam penerbitan mingguan Herald sementara menunggu rayuan Mahkamah Rayuan.
Dari kronologi ini timbul beberapa persoalan :
1) Muzakarah 21 Jan 2010 di IKIM . Wakil IKIM hanya membahas dari sudut Bahasa. Wakil KERAJAAN seperti tidak bersedia dengan hujah.Tertumpu pada wakil PAS ( Ustaz Hadi ) , Ustaz Asri ( Bekas Mufti Perlis) , Md Nur Manuty ( PKR ) ,Prof Osman Bakar .
2) Tiada rumusan muzakarah di catatkan. Walaupun dikatakan sebilangan besar tidak bersetuju dengan penggunaan kalimah ALLAH olih bukan islam.
3) Apakan tindakan sebenar dari keraajaan terhadap keputusan kabinet yang telah meluluskan larangan yang di nyatakan.
4) KOTA KINABALU 18 Jan. - Pertubuhan Islam Seluruh Sabah (USIA) menyifatkan kenyataan Menteri di Jabatan Perdana Menteri, Datuk Seri Mohamed Nazri Aziz bahawa penganut Kristian boleh menggunakan kalimah Allah di Sabah dan Sarawak sebagai tidak mencerminkan aspirasi umat Islam di negeri ini.
http://www.utusan.com.my/utusan/info.asp?y=2010&dt=0119&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_13.htm
5) Kenapa pandangan Ustaz Hadi , Ustaz Asri di beri perhatian meluas sedangkan tiada rumusan di buat . Sedangkan dalam Dr Mohd Rosdi Ismail ( arabiac langguage & consultancy Nilam puri ) menyatakan wakil kerajaan kaku dengan hujah mereka.
6) Pandangan Ustaz Hadi dan Uztaz Asri yang berlandaskan keadaan setempat bolih di terima olih IKIM.
Tambahan ..
1) Di dalam kontroversi ini sebanyak 35,000 buah Al-Kitab ditahan pihak berkuasa di Pelabuhan Klang dan pelabuhan Kuching sejak dua tahun lalu. Bagaimanapun kerajaan pusat membenarkan pengedarannya setelah meletakkan cop ‘Untuk Kristian sahaja’.
2)Perkara pertama di dalam Perjanjian 18 Perkara Sarawak adalah berkaitan agama. Ia secara jelas menyatakan tiada agama rasmi untuk negeri Sabah dan Sarawak meskipun mereka menerima Islam sebagai agama rasmi negara ini.
3)“Saya masih berpandangan bahawa ia (pengedaran Kitab Injil Bahasa Melayu) harus dihalang kerana mereka menterjemah ‘Tuhan’ sebagai ‘Allah’. Terjemahan ini merbahaya dan mengelirukan, terutamanya kepada generasi muda,” kata Tamyes.
Beliau menjelaskan bahawa kekeliruan akan timbul kerana di dalam Al-Kitab (Injil Bahasa Melayu) Allah digambarkan sebagai Bapa, mempunyai isteri dan anak.
Pandangan ini adalah senada dengan pandangan Mufti Perak Tan Sri Harussaini Zakaria yang meramalkan kebangkitan umat Islam di negara ini akan menyebabkan ketegangan di dalam hubungan antara kaum.
4)Selain itu, penerbitan Al-Kitab bukannya diterbitkan di dalam Bahasa Melayu sepertimana diwar-warkan oleh semua pihak. Ia ditulis dan diterbitkan di dalam Bahasa Indonesia.
5) Pengumuman isu ini semasa PRU Serawak ada juga berkaitan.
6)Di bawah Enakmen Agama Bukan Islam (Kawalan Pengembangan di Kalangan Orang Islam) 1988, selain kalimah Allah, istilah lain yang tidak boleh digunakan bagi agama lain termasuk firman Allah, ulama, hadis, ibadah, Kaabah, kadi, ilahi, wahyu, mubaligh, syariah, kiblat, haji, mufti, rasul, iman, dakwah, solat, khalifah, wali, fatwa, imam, nabi dan syeikh.
Ini menggambarkan kerajaan seperti sambil lewa dengan isu yang telah lama dan mengambi lkesempatan dalam keadaan menghadapi PRU 13 ini.