Ahad, 31 Julai 2011

sian menteri ini ..... siapa pula tu..


Hangat Malam Minggu...!! Rumahtangga Seorang Menteri UMNO Sedang Bergolak.....

Malang sungguh bagi Hishamuddin, dalam saat nama dan jawatannya sedang dicemarkan oleh persepsi buruk kalangan pembangkang, pembebasan tahanan PSM ini sekali lagi menjadikan namanya `harum’ serta menjadi `sebutan’ di kesemua ceramah-ceramah pembangkang sedangkan beliau hanya melaksanakan dasar tetapi dasar-dasar ataupun undang-undang seolah-olah dipermainkan oleh sebilangan pegawai polis yang berkepentingan untuk mengambil tindakan yang sewajarnya.

Berkaitan pembebasan enam tahanan ini, Hishamuddin memerlukan tongkat ajaib untuk membersihkan namanya dan sekiranya benar terbukti ada kecuaian dalam siasatan polis yang dikendalikan oleh pegawai-pegawai yang berkepentingan politik, PDRM perlu bertindak ke atas pegawai-pegawainya yang cuai sehingga kes sebesar ini boleh terlepas daripada tindakan undang-undang.

Sehingga ke hari ini. kita masih yakin dan percaya bahawa penyambungan semula kontrak Ketua Polis Negara bukanlah satu tindakan yang bijak oleh kerajaan malah dengan apa yang sedang berlaku dalam PDRM ketika ini membuatkan kita merindui sentuhan tugas Hanif Omar,Rahim Noor dan Norian Mai dan satu lagi,mengekalkan Peguam Negara hingga ke hari ini juga merupakan satu keputusan yang sukar untuk diterima oleh akal yang waras.

Baca seterusnya..., klik sini.

Khamis, 28 Julai 2011

Dah Pencen Baru bersuara ... kenapa ini berlaku

Dah pencen baru bersuara......


"Mengapa mereka hanya bersuara diambang persaraan?

Pertama

Bekas Ketua Polis Negara, Tan Sri Musa Hassan pernah mengeluarkan kenyataan mengenai campur tangan pihak ketiga didalam tugas PDRM, boleh rujuk di sini dan sini. Berikut merupakan antara ucapan beliau.

"Semua jenis orang mengganggu, orang-orang dari kementerian itu sendiri, orang-orang luar yang berkepentingan seperti orang-orang yang mahu melakukan perkara-perkara yang tidak betul - mereka akan cuba untuk mengganggu"

"kementerian yang saya sebutkan Kementerian Dalam Negeri (KDN), sudah tentu kementerian lain yang tidak boleh memberikan saya arahan "


"Saya tidak mahu ada pihak beri arahan salah. Arahan mesti dari polis, bukan dari orang luar.

"Malah, ada pegawai-pegawai saya yang dikawal. Tindakan sedemikian salah dan ianya terbukti membelakangkan undang-undang"


"Saya hanya luahkan perkara yang betul supaya semua pihak sedar tindakan campur tangan itu boleh menjejaskan siasatan.

"Saya sentiasa mengingatkan bakal KPN akan datang supaya menjadi pemimpin yang baik dan jangan biarkan sesiapa mempengaruhinya melakukan perkara melanggar undang-undang dan berhati-hati kerana banyak kritikan perlu dihadapi.

"Jika kita komited, ikhlas dan jalankan tugas untuk Allah, kita tidak akan kecewa,"


Kedua
Bekas Hakim Makamah Tinggi Sibu, Ian HC Chin, pernah mendedahkan ugutan Perdana Menteri, Dr.Mahathir untuk memecat mana-mana hakim yang membuat keputusan tidak menyebelahi pihak kerajaan. Antara petikan dari beliau. Rujuk di sini dan sini.




"Perdana Menteri ketika itu menyuarakan rasa tidak gembira dengan keputusan berkenaan (keputusan berhubung petisyen pilihan raya kerusi Bukit Begunan yang memihak kepada calon Bebas, Donald Lawan pada 21 April 1997) dan beliau merujuk kes itu sebagai 'the Borneo Case' serta bertanya sama ada hakim yang membuat keputusan itu, hadir pada persidangan terbabit.


"Apa yang saya dedahkan ini berlaku selepas dua penghakiman saya iaitu keputusan kes petisyen pilihan raya kerusi Bukit Begunan dan saman fitnah pada 5 Februari 1997 (Raveychandran v Lai Su Chon & Ors).

"Dalam penghakiman saman fitnah itu, saya merujuk kepada kes 'MGG Pillai V Tan Sri Dato Vincent Tan Chee Yioun & Other Appeals (1995) 2 MLJ 493' dan menjadikannya alasan untuk menolak pemberian pampasan yang luar biasa tinggi dalam kes saman fitnah terhadap keperibadian seseorang," katanya dipetik oleh The Borneo Post.

"Hanya seorang Hakim Mahkamah Rayuan memberi maklum balas dengan bertanya sama ada beliau (Dr Mahathir) akan gembira sekiranya sejumlah RM1 juta ditetapkan sebagai ganti rugi dalam kes saman fitnah.

"Beliau (Dr Mahathir) bersetuju dengan cadangan itu dan menunjukkan rasa puas hatinya dengan memberi kenaikan pangkat kepada hakim berkenaan (kini sudah meninggal dunia) ke Mahkamah Persekutuan apabila wujud kekosongan walaupun ada ramai hakim yang lebih kanan.

"Saya amat kecewa dengan semua ini tetapi beberapa Hakim Mahkamah Persekutuan menemui saya selepas sesi dialog itu dan memberi nasihat jangan mempedulikannya. Malah, yang lebih melegakan saya apabila seorang Hakim Mahkamah Tinggi menyifatkan perbuatan bekas Perdana Menteri itu sebagai keterlaluan.

"Seingat saya, sejurus selepas bekas Perdana Menteri itu mengambil alih pentadbiran negara, beliau giat berkempen membanteras rasuah dan mahu setiap orang takutkan Tuhan tetapi berdasarkan apa yang berlaku pada persidangan itu, ternyata beliau mahu orang takut untuk membuat penghakiman yang tidak disukainya," kata Chin.

Chin berkata, selepas persidangan itu, beliau menyertai satu bengkel antara 26 hingga 30 Mei 1997 bersama beberapa hakim dan pegawai kehakiman yang didakwanya berlaku usaha mempengaruhi mereka supaya berpegang kepada pandangan bahawa kepentingan kerajaan harus diberi keutamaan mutlak apabila membuat penghakiman.

"Saranan yang keji itu dilakukan Presiden Mahkamah Rayuan sendiri dan tiada siapa pun bersuara ketika sesi soal jawab. Pencabulan keadilan tidak berakhir di situ. Suatu pagi, rakan sejawat, Hakim Datuk Muhammad Kamil Awang menemui saya ketika kami bersama-sama berkhidmat di Kuching.

"Beliau menyuarakan kekecewaan berikutan panggilan telefon daripada Ketua Hakim Negara ketika itu, meminta beliau menolak petisyen pilihan raya yang akan didengar di Kota Kinabalu.

"Kamil meminta pendapat saya. Kami menimbang kemungkinan membuat laporan polis atau menulis kepada Ketua Hakim Negara bagi merekodkan apa yang dicakapkan menerusi telefon tetapi beliau memutuskan tidak melakukan apa-apa kerana tiada bukti melainkan dakwaannya terhadap Ketua Hakim Negara,"

"Walaupun beliau (Dr Mahathir) kini bukan lagi Perdana Menteri dan tidak boleh mengugut untuk melucutkan jawatan mana-mana hakim dan tidak sepatutnya digeruni hakim, gabungan parti yang pernah diterajuinya masih berkuasa dan responden kedua dalam kes ini menang atas tiket gabungan itu. Jadi mungkin ada yang berpendapat saya masih menyimpan dendam terhadap mana-mana pihak.

"Oleh itu, saya mahu mendengar daripada pihak berkenaan (peguam atau mereka yang terbabit) sama ada wujud kebimbangan seumpama itu dan mahu memohon supaya saya menarik diri. Kerana pendedahan ini, pihak yang terbabit dalam sebahagian besar penghakiman saya sejak insiden 1997 tentu bimbang kemungkinan saya tunduk kepada tekanan sehingga mempengaruhi penghakiman.

"Tiada kata-kata yang dapat melenyapkan semua kebimbangan itu. Anda perlu membaca penghakiman saya dan memutuskan sama ada ia berasaskan bukti dan undang-undang atau sebaliknya dipengaruhi ugutan,"

Ketiga
Bekas Hakim Makamah Persekutuan, Gopal Sri Ram, pernah mendedahkan bahawa hakim menjadi 'alat' kepada eksekutif yang melantik mereka. Antara petikan beliau. Boleh rujuk sini dan sini.



"Hakim begitu gelisah untuk membantu eksekutif...dan apabila anda mengetepikan undang-undang untuk membantu mereka, hasilnya ialah penghakiman yang mengarut,”

Sebagai contoh, beliau berkata apabila mahkamah menyerahkan kepada mahkamah persekutuan untuk membuat keputusan yang diinginkan oleh kerajaan persekutuan.

Sri Ram berkata campurtangan eksekutif itu jelas bertentangan dengan doktrin pengasingan kuasa.
Kuasa untuk menentukan salah atau tidah serta menghukum adalah eksklusif di tangan badan kehakiman dan Sri Ram berkata tanggungjawab itu tidak sepatutnya dinodai oleh eksekutif.

Rabu, 20 Julai 2011

Bukan kata aku tapi kata ........

BARU KU TAHU MENGAPA AMBIGA DAN DAP PATUT KITA MUSUHI...
Oleh: WFAUZDIN NS



DATUK S.AMBIGA, waktu ini menjadi teramat popular sehinggakan mengatasi populariti PM dan ahli kabinetnya, bahkan tokoh ini dilihat lebih diperkatakan dari Ketua Pembangkang sendiri, DS Anwar Ibrahim.


Ini adalah kerana kejayaannya membawa Perhimpunan BERSIH 2.0 mencapai matlamat untuk berhimpun di Ibu Kota pada 09 Jul lalu. Hanya seorang wanita gigih dan berani seperti beliau telah membuatkan KPN terpaksa tampil di muka TV pada malam 09 Jul yang lalu seperti tampilnya `Pemegang Mohor Besar Raja-Raja' untuk mengumumkan Hari Raya. KPN tampil secara khusus untuk memberi `amaran keras' terhadap peserta-peserta BERSIH.

Hanya kerana wanita ini seorang sahaja, Ibu Kota lumpuh lebih kurang 2 hari sebelum dan semasa 09 Jul yang lalu. Seluruh dunia tertumpu kepada BERSIH pada waktu itu dan wanita ini mula disebut ramai orang. Begitulah hebatnya Datuk S.Ambiga.

Namun, media dan pencacai Umno berterusan memburukkan imej wanita ini. Paling bodoh apabila KM Melaka mengesyorkan agar beliau dikenakan tindakan menarik balik kerakyatannya. Timbul pula isu Datuk S. Ambiga itu seorang India berugama Hindu yang memimpin BERSIH pada 09 Jul lalu. Adakah sewaktu BERSIH 1.0 pada tahun 2007 yang lalu yang dipimpin oleh Syed Syahir seorang Melayu Islam, ketika itu Umno dan pencacainya menyokong BERSIH? Ertinya, bukan masalah India atau Hindu, tetapi puak mereka sememangnya amat gentar dengan BERSIH.

Puak-puak ini telah mula bermain dengan isu perkauman yang amat sempit. DAP juga turut menjadi mangsa tuduhan liar dan bodoh mereka. Apa salah Datuk S. Ambiga dan pemimpin DAP? Setelah saya teliti dari yang dicatatkan oleh seorang rakan di dalam FB beliau, rupa-rupanya Datuk S. Ambiga dan pemimpin DAP terlibat di dalam beberapa perkara yang menyentuh hak kita sebagai orang Melayu Berugama Islam.

Datuk S. Ambiga dan pemimpin-pemimpin DAP telah `terlibat' di dalam perkara-perkara berikut, patutlah puak mereka amat membenci Datuk S. Ambiga dan DAP. Jika begitu, memang patut kita pun sama membenci, jika tidak, kita akan dicop bodoh dan bahlul. Inilah `kesalahan besar' Datuk S.Ambiga dan pemimpin DAP terhadap kita:-
1. Siapakah yang menukar wang Royalti kepada wang Ehsan pada tahun 2000 apabila PAS berjaya merampas negeri Terengganu dari tangan BN dalam PRU 1999? (Negeri Terengganu itu majoriti penduduknya adalah Melayu)

2. Siapakah yang menghalang kerajaan kedua-dua negeri bermajoriti 95% Melayu (Kelantan dan Terengganu) menikmati hasil royalti Petronas, sedang negeri-negeri seperti Sabah dan Sarawak tidak dikenakan tindakan sama?

3. Siapakah yang menghalau peneroka bandar dikalangan orang Melayu di Kg Berembang (KL), Kg Plentong (JB), Kg Chubadak (KL), Kg Malaysia Tambahan (KL)?

4. Siapakah yang menghalau Melayu Pulau Pinang dengan helah pembangunan hingga mereka merempat ke Seberang Jaya dan Kedah Selatan?

5. Siapakah yang menggadai Tanah Rezab Melayu hampir 50% dari 3 juta hektar pada 1948 kepada 1.6 juta hektar pada 1997?

6. Siapakah yang membunuh orang Melayu kerana perbezaan fahaman politik di Kg Memali, Lubuk Merbau dan Hutan Aji?

7. Siapakah yang membolot saham AP untuk menantu dan kroni, sedang ia adalah hak setiap rakyat dibawah dasar DEB?

8. Siapa yang melingkupkan dasar DEB hingga milikan ekuiti Melayu tersekat kepada 18% pada 2000.

9. Siapakah pula yang memansuhkan DEB, dan diganti dengan dasar Liberisasi dan Model Ekonomi Baru yang mesra kapitalis dan anti subsidi?

10. Siapa yang menyelewengkan dana untuk orang Melayu yang miskin dalam program PPRT? Dari 54 billion yang diperuntukkan kepada orang Melayu hanya 2 billion sahaja yang sampai kepada orang Melayu, 52 billion lagi lesap di telan pentadbiran UMNO.

11. Siapa yang mengkhianat wasiat Raja-Raja Melayu menjelang kemerdekaan supaya tidak diserah bukit, gunung dan pulau kepada bukan Melayu?

12. Siapa yang mencipta krisis perlembagaan 1982 yang menyebabkan kuasa Yang DiPertuan Agung terhakis dan hanya sekadar menjadi rubber stamp Parlimen?

13. Siapa pula yang melucutkan kekebalan Raja-Raja Melayu pada awal 1990-an?

14. Siapa yang menggelarkan rajanya ‘NATANG’ bila namanya ditolak sebagai Menteri Besar Terengganu selepas PRU12 yang lalu?

15. Siapakah yang mengubah sempadan kawasan undi majoroti Melayu bila Melayu sendiri menolak Umno dalam PRU 1999 dan tidak menambah kerusi Parlimen di Kedah, Kelantan dan Terengganu pada persempadanan semula tahun 2002?

16. Siapa yang melanggar peruntukan Perlembagaan mengenai hak-hak istimewa orang Melayu untuk mendapat biasiswa?

17. Siapa yang menukar biasiswa kepada pinjaman PTPTN dengan kadar 4%?

18. Siapa yang mencemar bahasa Melayu dengan istilah-istilah “infotainment”, “boulevard”, “presint”, “bajet” dan lain-lain?

19. Siapa yang menukar bahasa pengantar dari bahasa Melayu kepada bahasa Inggeris dalam pembelajaran Sains dan Matematik pada ketika jurang pendapatan bandar-luar bandar semakin melebar?

20. Siapa yang mencadangkan syarat wajib lulus Bahasa Inggeris untuk SPM dan bahasa pengantar Inggeris di universiti-universiti?

21. Siapa yang jual air kepada negara jiran dengan harga 3 sen 1000 liter, dan jual balik kepada rakyatnya sendiri dengan harga 80 sen 1000 liter?

22. Siapa yang serah blok minyak kepada negara Brunei tanpa persetujuan DUN, Parlimen atau YDPA?

23. Siapa yang cuai menjaga tanahair sendiri hingga Pulau Batu Putih dan Singapura terlepas ke negara orang?

24. Siapa yang menghapuskan tulisan jawi dari diajar di sekolah-sekolah dalam tahun 1960an dahulu?

25. Siapa yang kata Sekolah Agama Rakyat (SAR) tempat melahir militan dan ekstrimist Islam dan mengwar-warkan perkataan “Sindrom Qiamulail” kepada anak-anak yang bersekolah ketika itu?

26. Atas alasan itu, siapa yang menghentikan geran perkapita kepada SAR hingga menyebabkan sebahagian institusi pendidikan agama hidup segan, mati tak mahu atau setengahnya berkubur tanpa nesan?

27. Siapa yang mencadangkan pelan pembangunan Kg Baru Kuala Lumpur hingga membuka milikan kepada 40% bukan Melayu?
Link
28. Siapa yang kekang akta-akta maklumat, Auku dan pandangan kedua orang Melayu supaya orang Melayu senang diperbodohkan?

29. Siapa yang naikkan harga petrol, diesel dan barangan asas kepada ketika Melayu adalah golongan majoriti yang miskin di negara ini?

30. Siapakah pula yang memperbodohkan dirinya konon mengaku Melayu sedang nama Pertubuhan Kebangsaan Melayu Bersatu (PEKEMBAR) dibuang dan diguna bahasa penjajah UNITED MALAYS NATIONAL ORGANISATION (UMNO)?/Sumber: FB Seligi Alpha
Dicatat oleh WFAUZDIN NS di 2:21 AM

WFAUZDIN KATA DALAM BLOG

Khamis, 7 Julai 2011

apakah kesudahan bersih 2




Adakah rakyat terima kenyataan Najib dan Hishamudin selepas DYMM SPBYTA bertitiah. Provokasi dari perkasa , pemuda dan putra untuk terus menghalang himpunan bersih 2 dilihat atas persetujunan Peresiden UMNO /BN sendiri.Apakah tuntutan bersih sebenarnya. Biar rakyat menilai sendiri tuntutuan itu.

Isnin, 4 Julai 2011

Bersih - ulasan WFAUZDIN

PERHIMPUNAN BERSIH - MENGULAS TITAH TUANKU
Oleh: WFAUZDIN NS

SUKA saya memetik beberapa kenyataan atau Titah Ke Bawah DYMM Seri Paduka Baginda YDP Agong berkenaan Perhimpunan BERSIH yang dijadualkan pada 09 Jul nanti. Titah dan kenyataan penuh Baginda boleh dibaca di sini.

Saya tertarik dengan Titah Baginda, "Beta juga menyeru kepada pihak kerajaan agar melaksanakan segala amanah yang diberikan rakyat secara adil dan bijaksana dan yang pentingnya Beta selaku Yang di-Pertuan Agong tidak mahu melihat negara bermasyarakat majmuk ini berada di dalam keadaan bermusuhan sesama sendiri ataupun sebahagian rakyatnya bermusuh dengan kerajaan atas apa jua alasan pun".

Alangkah baiknya jika Titah ini yang mahukan kerajaan bertindak secara adil dan bijaksana dapat dipatuhi. Malangnya, di mana keadilan bila mana setiap kali diadakan Pilihanraya maka media perdana hak milik kerajaan termasuk media cetak dipergunakan sepenuhnya berkempen untuk Umno/Bn? Seperti sudah menjadi kelaziman segala agensi kerajaan dipergunakan semahu-mahunya termasuk beberapa peruntukan segera dikeluarkan ketika kempen pilihanraya sedang berjalan.

Di pihak Pembangkang pula, akses kepada media tidak diperolehi langsung. Pembangkang tidak diberi ruang untuk mereka menggunakan media kerajaan bagi menyampaikan dasar atau manifesto mereka walaupun sekadar 5 minit. Bahkan, Pembangkang terus difitnah dan diperburukkan tanpa mereka diberi peluang untuk menjawab. Ini semua ketidakadilan yang jelas berlaku.

Titah Tuanku, yang mahu agar kerajaan bertindak secara bijaksana juga gagal dilakukan. Najib selaku Ketua Kerajaan sewajarnya bertindak dengan bijaksana apabila BERSIH mahu mengadakan perhimpunan aman ini. Salah satu caranya, BERSIH diberi ruang untuk berhimpun dengan mendapat kerjasama dari pihak keselamatan. Di dalam masa yang sama, pihak yang tidak sependapat dengan BERSIH juga diberi hak yang sama berhimpun tetapi bukan bersamaan dengan tarikh Perhimpunan BERSIH. Sudah tentu BERSIH sedia berbincang dengan pihak mereka agar dapat bersama-sama merancang jadual perhimpunan yang berlainan.

Titah Baginda lagi, " Hakikatnya demonstrasi jalanan banyak membawa keburukan daripada kebaikan walaupun niat asalnya baik". Titah Baginda ini, boleh difahami bahawa tidak semua demontrasi itu mempunyai niat yang tidak baik. Ini bererti bahawa tuduhan sesetengah pihak bahawa Perhimpunan BERSIH mempunyai niat yang tidak baik, kununnya untuk menyelamatkan DS Anwar, menimbulkan huru-hara, ejen negara asing, mendapat dana dari Pertubuhan Kristian dan juga dakwaan kununnya ada kaitan dengan fahaman Komunis boleh dipertikaikan.



Demontrasi yang mengaibkan Istana di Terengganu pada bulan Mac 2008

Kita tidak boleh lupa apabila sekumpulan pihak yang menentang perlantikan MB Terengganu, Dato' Seri Ahmad Said sejurus selepas PRU ke-12 yang lalu telah berdemontrasi di hadapan Istana Tuanku Mirzan sendiri di Kuala Terengganu dengan sepanduk yang tertera tulisan yang amat mengaibkan. Apakah niat mereka ketika itu baik dengan sepanduk yang menghina istitusi istana ketika itu?

Justeru itu, seiring dengan niat BERSIH yang baik untuk rakyat iaitu mewujudkan sistem pilihanraya yang adil dan bersih, maka pihak Penganjur telah melarang sebarang sepanduk yang mengandungi kata-kata yang mengaibkan di samping semua peserta dilarang membawa sebarang senjata sewaktu perhimpunan. Tindakan Penganjur yang memohon agar pihak Polis sendiri memberikan arah laluan yang sesuai untuk peserta perhimpunan nanti adalah salah satu adab dan kesopanan bagi memelihara nama baik Penganjur BERSIH ini.

Mudah-mudahan kita masih mempunyai ruang yang baik untuk menyuarakan hak kita sebagai rakyat yang merdeka. Semoga pihak Polis lebih memahami apakah tujuan sebenar perhimpunan BERSIH ini tanpa mempunyai prasangka buruk yang sengaja direka cipta oleh pihak yang sememangnya suka dengan kekotoran yang ada pada SPR ini.

WFAUZDIN BLOG