Ahad, 22 Mei 2011

Nasib Anak Yatim Di Malaysia Tidak Sebaik Kehamilan Luar Nikah



Wajarkan seorang menteri berkata begini


Rumah Anak-anak Yatim dan Anak-anak Hidayah Madrasah Al-Taqwa di Kampung Gahal, Hulu Langat tidak berdaftar dengan Jabatan Kebajikan Masyarakat atau mana-mana agensi di bawah Kementerian Wanita, Keluarga dan Masyarakat.




Bernama memetik menteri berkenaan Datuk Seri Shahrizat Jalil berkata beliau juga tidak pasti sama ada rumah anak yatim itu berdaftar di bawah mana-mana agensi di kementerian lain.

"Yang terlibat (dalam tragedi ini) ada pelajar, ada anak yatim, ada guru. Kita tidak tahu ia di bawah agensi mana," katanya kepada pemberita semasa melawat kawasan kejadian tanah runtuh di rumah anak yatim itu malam semalam.


Apakah ketua wanita UMNO tidak tahu ada ayat Al Quran berkaitan anak yatim. Mengingatkan kita akan tanggung jawab terhadap anak yatim .Jika kita mengabaikan anak yatim bererti kita mendustakan agama yang kita anuti. Sedangkan orang yang hamil luar nikah pun kerajaan bagi kemudahan tanpa mengira atau mengenepikan hukum UGAMA dalam masalah kehamilan luar nikah.Inikah sikap pemimpin yang berkata menegakkan UGAMA ISLAM.


Khamis, 19 Mei 2011

Berapa jumlah pendapatan menteri Malaysia



Ini adalah pendedahan dari salah seorang Pegawai Bahagian Kewangan, Di Jabatan Perdana Menteri. Pendedahan ini mengenai Slip Pendapatan Bulanan Menteri dan Timbalan Menteri di Malaysia. Hanya pegawai-pegawai tertentu sahaja dibenarkan menguruskan maklumat ini, walaupun mereka itu adalah PA kepada Menteri.

Kakitangan perkeranian tidak mengetahui, sebab slip pendapatan bulan masing-masing diberi dengan sampul surat tertutup. Maklumat ini adalah dari kawan-kawan di Jabatan Audit Negara, Perbendaharaan Malaysia, Bahagian Kabinet Jabatan Perdana Menteri serta serta Bahagian Pentadbiran Kewangan Parlimen Malaysia.


Read more:JUMLAH GAJI MENTERI DISINI

Selasa, 17 Mei 2011

himpunan doa syifa

HIMPUNAN DOA DARUSSYIFA




Adakah Najib akan hadir ke makamah



Adakah Najib akan hadir menjadi saksi dalam pembelaan bicara Anwar. Mungkin Najib akan mengikut contoh mantan PM sebagai mentor dia. Jika ini berlaku menunjukan Najib lebih berkuasa dari undang-undang. Najib yang menentukan keputusan sesuatu perbicaraan.

Rakyat yang melihat ini mesti sedar dan bangkit membetulkan kedaulatan undang - undang negara. Cara yang terbaik pastikan pemerintahan Putra Jaya beraleh kepada PR. Jika ini tidak dilakukan maka banyak lagi kes - kes yang serupa berlaku jika Najib berasa tergugat dalam pemerintahan.

Isnin, 16 Mei 2011

Nasib UMNO lebih gemilang selepas ini



Ketua Pemuda UMNO dah mengaku golongan muda tidak berminat dengan UMNO. Golongan pertengahan yang minat cuma yang ada kepentingan niaga saja.Itu pun UMNO masih tidak sedar diri lagi.

Selasa, 10 Mei 2011

Najib Anwar Obama Osama



Bila melihat clip video ini teringat aku clip video Anwar .Ada versi tulisan siam , ada versi tiada tulisan siam. Ada masa " jerk" sikit dan bersambung cerita. Janggut bolih tumbuh dah hilang sekejap masa.Apa pun yang membuat clip ini memang hebat ...

ingat UMNO Hulu Selangor kukuh





Surat bertarikh 23 Mac dari ketua Umno bahagian Hulu Selangor Mohamed Idris Abu Bakar dialamatkan kepada Menteri Dalam Negeri dan naib presiden parti itu, Datuk Seri Hishammuddin Hussein.

"Dengan sukacita kami memaklumkan telah mengenalpasti dan mengesahkan memperolehi senarai individu-individu bakal pengundi (PR) yang boleh membantu kemenangan BN dalam kawasan parlimen Hulu Selangor untuk pilihan raya ke-13,” petik surat berkenaan.

Dengan ini, diharapkan Datuk Seri dapat memberi kelulusan awal (minit kelulusan) supaya pihak kami dapat menguruskan permohonan ini dengan lancar dan sempurna," kata Idris dalam suratnya itu.

Surat itu mempunyai logo Umno dan dialatkan ke Kementerian Dalam Negeri di Putrajaya.


Ingatkan UMNO Hulu Selangor cukup hebat untuk menghadapi PR 13. Maklumlah 3 DUN 1 Parlimen di kuasaai BN

Ahad, 8 Mei 2011

Moral : Anwar dan Wan Azizah

Aku baca fasal moral Anwar dan Wan Azizah dalam di musramrakunman

Bab moral ni ... bagi aku yang teruk dan tercemar adalah pemimpin BN sendiri sebagai peneraju kini. Bagaimana PM bolih di perbodohkan dalam pembohongan isu PKZ.Bukan satu tetapi lebih sorang PM yang kena .Dengan jentera kerajaan di gunakan sepenuhnya untuk menangkis dan memburukan pihak lawan.Kes kapal selam yang di bicarakan di luar negara. Kematian di pejabat SPRM yang menjadi tanda tanya dengan jawapan yang tergantung. Kes ALTANTUYA walau di anggap selesai , banyak kesan pada kes yang berlaku hampir sama dengannya. Pembunuhan Dato Sosilawati .. adakan dalang akan di pertanggungjwabkan. Jika ini berlaku bagaimana dengan kes ALTANTUYA. Rakyat sekarang sedar ... hak mengundi bukan semesti menjadi ahli parti. Tidak menjadi ahli parti pun ... jika mendaftar sebagai pemilih layak mengundi.Rakyat sebenar nya bosan dengan kerenah paksaan BN dalam menjalankan programe bersandarkan programe Kementerian dan Jabatan.



Jumaat, 6 Mei 2011

Rabu, 4 Mei 2011

Benarkah banyak pihak terlibat dangan isu video

Siapa EKSAY sebenarnya


Nama Datuk Shazryl Eskay Abdullah tiba-tiba melonjak selepas lelaki yang mengaku sebagai Datuk T (sebut Datuk Temberang) ini menayangkan video lucah lelaki mirip Datuk Seri Anwar Ibrahim. Ramai pembaca yang menghantar email meminta ReJaM© menyiasat siapakah Eskay ini?

Rata-rata pengirim yang menghantar email kepada ReJaM© mempersoalkan kredibiliti Eskay yang begitu berani mempermainkan nama Allah dengan bersumpah di sebuah masjid baru-baru ini semata-mata untuk meyakinkan masyarakat bahawa pelaku di dalam video seks yang penuh kepincangan itu adalah Anwar Ibrahim.

Ramai pembaca yang mempersoalkan mengapakah Eskay ini "pelat" mengucap syahadah, malah tersilap ketika memegang Al-Quran secara terbalik serta tidak fasih melafazkan kalimah "bismillah" semasa upacara sumpah laknat baru-baru ini.


source: kisah eksay selanjutnya