Ahad, 14 November 2010

Haji dan Korban tahun ini bertemu lagi



Alhamdulillah kita bertemu lagi dengan satu lagi hari kebesaran dalam kalendar islam. Aidil Adha atau lebih di kenali Hari Raya Haji. Haji adalah rukun islam ke lima.. Oarng yang mengerjakan haji umpama bayi yang baru lahir bagi haji yang MABRUR.Namum ada beberapa perkara yang aku sendiri merasa hairan dengan segelintir orang yang menunaikan haji ini. Aku tahu bahawa aku tidak arif dalam soal ugama islam.

Yang pertama haji diletakan di awal nama. Sejak bila di guna pakai. Tidak ada jawapan yang aku terima dengan tepat. Yang kedua dengan segelintir orang yang marah jika tidak di panggil haji pada nama mereka. Yang ketiga haji ini telah menjadi seperti satu gelaran seperti anugerah pingat kebesaran.Aku pernah bertanya , kenapa sahabat nabi tudak pernah orang memanggil haji. Adakah keran mereka tidak menunaikan haji. Walhal kita sekarang subik dengan gelaran haji.

Berkaitan denga haji adalah KORBAN. Ini juga telah lama bermain di fikiran aku juga.Siapa sebenarnya yang perlu melakukan KORBAN. Individu yang berkemampuan atau wakil rakyat atau badan koperat. Telah menjadi trend wakil rakyat menyerahkan lembu korban pada masjid dan surau. Banyak sungguh duit wakil rakyat jika memberi lembu di kawasan masing-masing. Sampai ada yang merajuk jika surau atau masjid tidak dapat lembu wakil rakyat. Atas nama siapakah lembu ini di SEMBILIH UNTUK KORBAN. Tu yang buat ada cerita lembu YB hilang , lembu YB tak sampai dan berbagai cerita sehingga kena buat laporan SPRM dan POLIS.

Bagaimana pun aku tidak memanggil HAJI dengan sahabat aku walaupun dia IMAM masjid sekalipun.Belum pernah aku dengar penceramah ugama menyebut haji pada sahabat nabi tetapi umat zaman ini tidak tnggal dengan sebutan itu. Seperti umat zaman para sahabat tidak menunaikan haji.

Rabu, 10 November 2010

Kelemahan kian nyata

Apa Yang Tersirat: Rupanya kepimpinan Anwar itu lemah!!!:



"Sebelum ini apabila para wakil rakyat PKR keluar parti dikatakan kerana Umno. Apabila kerajaan Pakatan Perak jatuh, dikatakan kerana Umno. Apabila kes liwat Mohd Saiful Bukhari Azlan di bawa ke mahkamah juga kerana Umno.

Kini terbongkar sudah semua kelemahan Anwar, apabila Zaid Ibrahim yang menjadi HERO sementara PKR dan Pakatan mendedahkan siapakah Anwar.

Zaid yang juga penyelaras PKR Wilayah Persekutuan dan Penyelaras Pakatan Rakyat, serta calon Timbalan Persiden PKR dalam pemilihan MPP PKR telah menarik diri daripada pertandingan dan melepaskan semua jawatannya dalam parti. Sebab musabab yang diberikan Zaid adalah kecelaruan dan penipuan dalam proses pengundian dalam pemilihan parti itu."

Apakah benar bagai di kata

Kerabu Bersuara: Pendedahan Panas! Misteri Bagaimana Pegawai PM Ada Harta RM200 Juta ! <>





(klik imej untuk membaca dengan jelas)


Mendapat maklumat dari seorang yang mendakwa 'orang dalam' JPM dengan memberikan dokumen dan fakta mengenai penyelewengan yang memungkinkan seorang pegawai kakan di Pejabat Perdana Menteri mengumpulkan kekayaan secara luar biasa.

Dokumen dan fakta tersebut melibatkan Setiausaha sulit kanan kepada Perdana Menteri iaitu. Dato’ Zakiah Ibrahim.

Dato Zakiah atau pemberi maklumat menggelarnya ZAKAYA merupakan wanita yang mempunyai pengaruh besar di Pejabat Perdana Menteri. Tanyalah kepada sesiapa yang pernah berurusan dengan Pejabat Perdana Menteri mesti mengetahui gelagat dan peranan wanita ini.


Tidak menyukai publisiti, Zakiah dalam diam mengumpul harta bernilai RM200 juta dalam masa tidak sampai tiga tahun menguasai pejabat PM.

Selasa, 9 November 2010

Siapa Zaid ni...

Kerabu Bersuara: Aziz Bari: Politik Apa Yang Zaid Mainkan?


Sebagai seorang ahli politik yang bergerak dalam satu pasukan, Datuk Zaid Ibrahim tidak boleh sewenang-wenangnya bertindak melulu hanya kerana tidak berpuas hati tentang beberapa perkara dalam parti lalu membuka ruang kepada musuh untuk menyerang PKR dan Pakatan Rakyat, ujar Prof Dr Abdul Aziz Bari.

“Sebagai ahli parti beliau boleh bercakap apa yang dia hendak. Tetapi saya rasa sebagai pemain dalam pasukan dia kena bertanggungjawab dan cerdik

sikitlah.

“Jadi saya tidak fikir apa yang dilakukan oleh Zaid itu sebagai tindakan yang bijaksana. Maknanya dia tidak puas hati, dia bakar kapal,” ujar Aziz.

Aziz yang juga pensyarah undang-undang berkata, Zaid perlu bertindak profesional jika ada pun ketidakpuasan hati dalam isu pemilihan parti misalnya, kerana sebagai seorang yang dikatakan komited dengan perjuangan, tindakan beliau juga hendaklah rasional dan mendokong perjuangan parti.

klik di atas untuk selanjutnya

Jumaat, 5 November 2010

adakah umno bertambah kukuh

oo kukuhAnak Sungai Derhaka: Menang di Galas, Batu Sapi bukan tanda BN semakin kuat - Aziz Bari:


"KUALA LUMPUR, 5 Nov — Penganalisis politik Profesor A. Aziz Bari berpendapat walaupun Barisan Nasional (BN) mencatatkan kemenangan berganda pada pilihan raya kecil serentak semalam, tetapi ia bukan petanda pentadbiran Najib sudah kembali diterima rakyat sepenuhnya.

“Kenyataan ialah Barisan baru menang lima daripada 13 pilihan raya kecil yang diadakan sejak Ogos 2008.

“Jika Barisan benar-benar kuat, ia sepatutnya menang di kesemua 13 pilihan raya yang telah diadakan dan tidak di kawasan pedalaman sahaja,” kata penganalisis politik dari Universiti Islam Antarabangsa ini.


Oleh itu kata beliau, kemenangan BN di Galas dan Batu Sapi bukan satu aras tanda perikatan itu kian kuat.

“Tiada yang hebat dalam kemenangan di Batu Sapi dan Galas ini.

“Kedua-dua kerusi ini adalah kerusi mereka, sebagaimana di Batang Ai, Bagan Pinang dan Hulu Selangor,” ujar beliau lagi."

<>

Oh Galas ...apa yang di galas




Apa sebenarnya yang berlaku di Galas? Pastinya Umno dan Barisan Nasional (BN) kini merayakan kemenangan mereka kerana berjaya menambah majoriti sekaligus merampas kerusi kembali tersebut dari lawan mereka iaitu PAS. Sebelum ini, saya tidak menulis sangat mengenai apa-apa perkembangan semasa kempen di Galas mahu pun di Batu Sapi jika dibandingkan semasa pilihanraya kecil di Hulu Selangor dan Sibu kerana saya sudah menjangkakan keputusan hari ini berdasarkan faktor tertentu.

Di dalam kajian dan kerjaya, saya adalah orang yang menganalisa maklumat dan persepsi serta merekabentuk sistem maklumat sains keputusan bagi melihat kepada faktor-faktor yang sedia ada pada sesuatu perkara yang dikaji di dalam pelbagai bidang termasuklah politik. Terus-terang saya katakan di dalam isu Galas, faktor besar dan jelas memberikan kelebihan bermakna kepada BN dan kekurangan kepada lawannya. Di sini biarlah saya huraikan sebab-sebab mengapa Galas boleh dirampas begitu sahaja oleh Umno.




i n t a n h i j a u: APA YANG SEBENARNYA BERLAKU DI GALAS....? /