Ahad, 30 Mei 2010

samy dan pemecatan


Adakah Samy Vellu akan terus menggukakan kuasa yang dimilikinya sebagai Presiden MIC dengan memecat kesemua 5000 orang yang telah menghadiri perhimpunan GAS ini? Kerana sebelum ini kita telah mendengar beliau juga telah memecat S Murugessan sebagai setiausaha agung part itu kerana bertindak mengkritik beliau.

Selasa, 11 Mei 2010

kempen di masjid





Saya tak sabar nak tengok respon JAIS terhadap pendedahan ini. Adakah JAIS akan bersikap professional atau meneruskan sikap double standard mereka.

Tindakan UMNO ini juga satu bentuk PENDERHAKAAN kepada Titah Baginda Sultan Selangor baru-baru ini yang menegah penggunaan masjid untuk tujuan kempen politik kepartian.
UMNO pula, memang selamanya parti munafik dan hipokrit. Bagaimana mereka ini boleh menggunakan masjid untuk memenangkan calon MIC, saya pun tak tau. Kalau orang Islam biasa pun tak tergamak untuk buat benda seperti ini.

Nak tau cerita sebenar

masih kanak kanak dah begini

4 kanak-kanak berumur 9 tahun ditangkap berzina dalam kelas
Ni... ada berita di The Star yang menceritakan 4 kanak-kanak berumur 9 tahun ditangkap berzina dalam kelas. Setelah dibuat pemeriksaan di Hospital, kanak-kanak perempuan itu didapati telahpun ada beberapa kecederaan lama di dalam tempat sulit. 3 kanak-kanak lelaki itu dibebaskan dengan jaminan polis.

Persoalan:

Apa dah jadi dengan ibubapa mereka ni? 9(ikuti cerita selanjutnya)

Ahad, 2 Mei 2010

PRK Hulu Selangor Pengundi di Beli BN

Aku ingat ini cuma cerita kosong je... tapi bila lihat di sini.....
02 mei 2010
Pengundi tak puas hati buat laporan polis
17 Jamadil Awal 1431H.


Beberapa pengundi Hulu Selangor yang tidak puas hati hari ini membuat laporan polis berhubung pengagihan wang tunai yang didakwa tidak setara dalam pilihan raya kecil parlimen itu Ahad lalu.

Menurut cerita yang aku dengar , memang ada pemberian wang kepada pengundi.Dari seseorang wakil UMNO Kota Raja menjelaskan wang tersebut telah di berikan kepada cawangan - cawangan UMNO. Pemberian di laksakan atas kategori pengundi putih.Ini menyebabkan ada yang dapat dan ada yang tidak. Lebih malang lagi ada ajk cawangan yang tidak dapat.Bagaimana mereka di kategorikan pengundi putih ???? . Kerana berkawan atau menerusi cakap yang selalu kontra dengan pemimpin tempatan atau suka sendiri melabelkan begitu.

Rakan aku sendiri bercerita , adik dia dapat . Dia pergi semak pendaftaran undi di bilik gerakan UMNO Cawangan dan melihat pemberian wang itu. Tapi dia sendiri tidak diberi.Ada yang dapat juga hairan kenapa rakan - rakan lain tidak dapat.Ini menyebabkan pengundi akan menjauhkan diri dengan Parti yang mengelolakan Bilik Gerakan itu.Pada aku daftar sebagai pemilih adalah berbeza dengan ahli parti. Sebagai rakyat kita mesti daftar sebagai pemilih baru bolih mengundi. Ahli parti bukan bermakna berdaftar sebagai pemilih.

Memang ramai ahli UMNO yang bercerita hal ini. Nampak gaya UMNO akan terus dilanda masalah dalaman dengan perkara ini.