Jumaat, 30 April 2010

Scorpene dan Telaga Minyak .........


Joseph Brehem (kanan), salah seorang peguam Perancis yang menyaman DCN bagi pihak NGO hak asasi manusia Suaram, mungkin memohon mendapatkan 'waran geledah antarabangsa' supaya pegawai Malaysia mendedahkan maklumat mengenai imbuhan yang diterima oleh individu-individu tertentu.

Brehem, yang berada di sini selama dua hari untuk mengumpulkan maklumat berhubung kes tersebut berkata, beliau boleh membuat permohonan supaya Perimekar - syarikat milik isteri Abdul Razak Baginda yang merupakan teman rapat Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak - supaya mendedahkan akaunnya dan menjelaskan baagaimana ia memperolehi Euro114 juta tanpa berbuat apa-apa, tetapi hanya kerja "pentadbiran".

Razak (kiri) dibebaskan daripada tuduhan bersubahat dalam pembunuhan jurubahasa Mongolian, Altantuya Shaariibuu pada 2006.

"Sebaik sahaja hakim membuat keputusan, beliau boleh mengeluarkan satu arahan yang dikenali sebagai 'waran geledah antarabangsa' dan waran itu akan dihantar kepad

Read more: http://biaqpila.blogspot.com/2010/04/msia-mungkin-dipaksa-dedah-butiran-beli.html#ixzz0maUttAir

Mantan Perdana Menteri, Tun Dr Mahathir Mohamad mendakwa penggantinya, Tun Abdullah Ahmad Badawi telah menyerahkan kepada Brunei dua blok pengeluaran minyak luar pantai, sebelum bersara awal tahun lalu.

Menurutnya, perkara itu dilaporkan oleh The Edge Financial Daily (22 April) dan Brunei Times di mana kawasan yang kaya simpanan minyak di Laut Cina Selatan - Block L dan Block M - tidak lagi menjadi sebahagian daripada Malays

akibat fikiran di belengu .... dungu macam keldai





Dan dalam Islam, pembunuhan bukanlah ajarannya melainkan dalam kes-kes terdesak dan atas nama Allah SWT!

Inilah pemuda UMNO.. hasil asuhan BTN dan PLKN. ( Dari blog ....)

Isnin, 26 April 2010

BN Menang Dalam Kekalahan



PRK Hulu Selangor telah pun berakhir semalam. Kemenangan calon BN 1725 undi. Satu kemenangan yang tidak setimpal dengan perbelanjaan di laborkan semasa PRK Hulu
Selangor.Perlu diingat Hulu Selangor adalah kubu UMNO paling kuat di Selangor. Pada 2008, kemenangan PR adalah semata-mata kerana protes terhadap Palanieval. Pada 2008, UMNO/BN menang KESEMUA kerusi DUN termasuk Kuala Kubu Baru.

Sebenarnya di atas kertas, BN sudah memenangi PRK Hulu Selangor. Tanpa pilihanraya pun BN sudah mendahului dengan 6000 undi! Mengikut rekod, ketiga-tiga DUN di Hulu Selangor dimenangi BN dengan majoriti 6000 undi. Hanya nasib yang memenangkan calon PR pada PRU ke 12 yang lepas.

Kawasan Parlimen Hulu Selangor mempunyai 64,500 pengundi dengan 34,020 atau 52.7 peratus terdiri daripada Melayu, 16,964 atau 26.3 peratus Cina, 12,453 atau 19.3 peratus India dan kira-kira 1,000 Orang Asli


Kemanakah pergi undi kemenangan bagi DUN yang sememangnya di menangi BN semasa PRU 12 dulu. Ini perlu di beri perhatian.

Namun saya tegaskan bahawa Hulu Selangor sebenarnya adalah bukti bahawa BN masih ditolak oleh rakyat. Jumlah kekalahan tipis calon PKR membuktikan jentera PKR dan Pakatan Rakyat masih berbisa dan satu ancaman yang besar kepada BN.

Maka saya tegaskan bahawa satu fenomina biasa dengan kemanangan calon BN namun jangan mendabik dada dengan kemenangan itu kerana rakyat Hulu Sealngor mulai hari ini sedang menunggu janji-janji yang ditabur di situ.

Ahad, 25 April 2010

PRK Yang Menghina Pengundi



PRK Hulu Selangor adalah satu pilihanraya yang menghina pengundi dan mengugut pengundi. Nasib malang pengundi terus di tekan dengan ugutan dari pimpinan BN.

Bagi peneroka sungai buaya , yang menyebabkan mereka begitu adalah pimpinan BN. Dan kini mereka di ugut jika inginkan penyelesaian kena UNDI BN dahulu .Dimakah perjuangan UMNO untuk membela nasib melayu jika secara halus menipu bangsa sendiri.Ini betul punya pengkianat bangsa.Setelah 16 tahun , penderitaan cukup pedih di bawah pimpinan BN.

Di SRJK Rasa , jika ingin peruntukan , pastikan BN menang. Ini juga merupakan ugutan kepada pengundi.

Malam tadi di Bukit Beruntung , seorang menerima RM 500 jika istihar keluar PKR dan setiap pengundi yangmenerima handbill di rumah di selitkan RM 100. BN yang mengajar RASUH kepada rakyat dan pemimpin BN adalah Bapa Rasuah.

Jumaat, 23 April 2010

siapa bodohkan siapa

Hari ini didalam akhbar TPM kata dalam masa 24 jam KILANG FITNAH PEMBANGKANG akan beroperasi sepenuhnya. Ehhh ... ada le Parti Pembangkang bertanding dalam PRK Hulu Selangor.Bila masa ada pendaftaran parti pembangkang. Di FUN Selangor BN adalah pembangkang. Agaknya merekan yang akan terus menabur fitnah.

Berita kedau , PKR mengarahkan Jenreta Kerajaan Selangor bantu kempen. Orang kampong yang tak sekolah pun tagu , jabatan mana yang berkampong di Hulu Selangor dalam masa 2 minggu ini. SMS dari " 63660 " terus di hantar mengutuk pemimpin PR. Sapa yang hantar gambar ZAID DENGAN ARAK . Takkan di Bilik Gerakan BN bertimnbun tu orang mana yang hantar.Juga CD yang di hantar ke rumah rumah.

Kenapa SB sibuk bertanya pengundi jika PR kempen rumah ke rumah. Jika BN lakukan , SB tidak pula sibuk bertanya.Media sibuk cari berita untuk memburukan kerajaan negeri. Tapi bila orang kampong kata " mana ada parti pembangkang " terus tanya soalan lain.

Janganlah memperbodohkan pengundi dengan teruk sekali.Yang bertanding adalah Parti Politik , jadi jangan arahkan Jabatan buat programe. Rakaman pun saya ada lihat.

Isnin, 19 April 2010

PRK Hulu Selangor UMNO Tewas lagi....



PRK Hulu Selangor menyaksikan sebenarnya ketewasan UMNO. Khususnya UMNO Bahagian Hulu Selangor.Dimanakah sebenar kekuata pengundi UMNO yang telah menolak Dato G pada pilihan raya Umum lepas.Dan kini melaungkan agar kerusi P 94 di kembalikan pada UMNO.Namun dengan sedikit ugutan dari MIC maka kemenangan berpihak pada MIC dengan 3 kosong. Kenapa saya berkata 3 kosong...

1) MIC berjaya mengekalkan calon di kerusi P 94
2) MIC bakal di jadikan menteri atau timbalan menteri melalui calon atau perlantikan Dato G sebagai Senator.
3) Pengundi Melayu khususnya dari UMNO terpaksa bekerja keras untuk memenangkan calon dari MIC dengan alasan dasar perkongsian kuasa.

Apakah MIC tidak bolih menerima wakil dari golongan majoriti pengundi seolah - olah MP dari UMNO tidak memperdulikan rakyat India di Hulu Selangor.Kemana slogan rakyat didahulukan sehingga kehendak rakyat akar umbi di poandang sepi .Kemaa suara perjuangan majoriti melayu kini hingga terus lupa kuasa undi di tangan.

Jika benar UMNO Hulu Selangor inginkan kerusi tersebut , inilah masa menunjukan kuasa undi dari pengunbdi ahli umno yang terdiri orang melayu.Jika ini pun tidak dapat dilaksaakan , usah bicara dega perjuangan melayu.Tunjukan kjepada pimpinan BN akan kehendak pengundi melayu di Hulu Selangor.

Kuasa menteri adalah hak PM. Jadi apa perlu di gusarkan. Wakil MIC bila-bila bolih d Lihat Sharizat dan Koh Soo Kon.Tanpa jadi MP pun bolih dilantuk. Duta pun bertaraf menteri.

Jika waktu ini pengundi melayu masih lepaskan peluang , maka sampi bila pun tidak merasa kerusi P 94 ini..

Ahad, 18 April 2010

P94 Hulu selangor dan SMS 63660



Semakin dekat hari mengundi , semakin banyak sms di terima dari Pusat SMS 63660. Dari perbualan kedai kopi , ramai dah menyampah dengan sms tersebut. Makin rasa ingin tunjukan pada mereka undi BN pasti kan lari gara-gara sms ini.SMS yang cuba membodohkan pengundi di Hulu Selangor. Bagi yang bukan Pak Turut mana - mana parti menunjukan mereka yang membuat sms ini hanya sebagai pak turut tanpa berfikir menasabah perkara yang di perkatakan.

Ada yang ingin membuat laporan polis akan gangguan sms ini. Tidak gentlemen langsung. SMS yang tidak bolih di balas. Jelas orang yang membuat ini jenis pengecut untuk menhdapai cara berdepan.

Jumaat, 16 April 2010

UNDI BN AKAN PECAH DI PRK HULU SELANGOR

Pertama tahniah kepada calon BN di P 094 Hulu Selangor.



Juga Dato G di katakan bakal jadi Senator dan di lantik sebagai timbalan menteri.Namun apa yang tersimpan dihati pengundi adalah satu pembohongan dari pimpoinan BN sendiri.

TPM menyatakan calon BN dari MIC adalah anak tempatan. Ini satu penghinaan kepada tokoh MIC tempatan bila calon dari luar di umumkan. Pengumuman di buat olih TPM di Sg. Buaya Hulu Selangor.Tapi betul ke MIC Hulu Selangor tidak mahu calon tempatan....Ini bermakna Dato G sendiri tidak sehaluan dengan pemimpoin MIC tempatan.Maka elok sangat pengundi MIC beralih undi kepada PR nanti.

Tiga calon bebas dikatan akan menyaingi calon dari BN dan PR. Dua adalah calon melayu dan seorang dari keturunan india.Sembang kedai kopi mendengar bahawa pengundi india kecewa dengan kenyataan TPM dan pengundi melayu pula kecewa dengan slogan rakyat di dahulukan.

Yang masih tersenyum adalah calon PR kerana potensi untuk menang mungkin naik 70 peratus.Nanum kempen BN last minit perlu di ambil kira juga. Ini yang selalu menyebabkan undi lari ...

Masih menunggu hari pengundian ...............

Sabtu, 10 April 2010

ehmm siapa yang betul ni....

Pro BN kata PR dah mula pasang poster ..... Tapi di mana yer.... Yg banyak poster yang ni...




Yang pasti Jabatan kerajaan sibuk dengan berbagai programe untuk Pak Menteri Pak Pengerusi dan Pak Senator untuk menyampaikan amanat. Kepada siapa amanat di berikan... Bukan kepada Anggota Jabatan tetapi pada pengundi Hulu Selangpr P 94.

Ada MAHA khusus untuk Hulu Selangor ... ujud kini pasar tani di dua tempat di Hulu Selangor. Bagus juga tu.....

Yang tidak sedap di dengar dalam akhbar hari ini... 10 April 2010 dah ada pergaduhan. Ini yang tak suka jika terlampau agresif dalam PRK ni.... Apa pun pihak keselamatan harap dapat pantau dengan sebaik - baik nya.

Isnin, 5 April 2010

Hulu Selangor Yang Cun


Hebat .... hebat .... Hulu Selangor terus di janjikan peruntukan pembangunan yang mendadak . Tumpuan Pak Menteri dan Isteri mengumumkan pembangunan yang begitu drastik. Seperti Hulu Selangor terlalu mundur dari arus pembangunan .Tapi kenapa dalam seminggu ni ramai Pak Menteri datang ke Hulu Selangor.

Ooooooo ... rupanya Hulu Selangor akan diadakan PRK. Memanglah begitu keadaan bila PRK akan di adakan. Patutlah ramai yang mencari rumah sewa dan ada yang sanggup bagi sewa rumah sendiri. Berbaloi juga kata mereka.. Duduk seminggu bayar sebulan . Harga sewa berlipat ganda.Rezeki orang Hulu Selangor.

Bagaimana dengan janji pada Pilihan Raya Umum lepas. Dah di buatke.... , ada yang bertanya.Biasa lah... nama pun janji pilihan raya.Apa pun untuk menampong kehadiran penyokong parti dari luar ni harus di bendung juga. Nanti orang Hulu Selangor tak kecoh , orang luar pula yang lebih.Ini patut di pantau dariawal lagi.Sekarang pun dah mula orang yang tidak di kenali berkeliaran di Hulu Selangor. Entah polis ke, penyokong luar ke tak tahu.

Nampak gaya kedua - dua pihak yakin akan menang PRK ini. Bagus ada keyakinan diri. Betul ke mereka yakin !!!!!

Sabtu, 3 April 2010

muka baru calon mic BN




P Kamalanathan calon BN di Parlimen Hulu Selangor ........ PR siapa pula

Hulu Selangor Yang Menjadi Rebutan

Wah .... hebat Hulu Selangor kini. Umpama gadis pingitan. Menjadi rebutan jejaka jejaka yang mencari .........

Jejaka BN telah mula menaburkan janji. Ini akan menyusul lagi janji janji untuk memberi kesenangan kepada " GADIS PINGHITAN " ini.Beruntungnya badan.....

Bagaimana pun terpulang kepada yang punya badan untuk menentukan pilihan hati..... Samada memilih jejaka dari keturunan mana. Atau bapa yang menekan anak supaya ikut pilihan orang tua.

Nasib si anak dara pingitan ini.........