Ahad, 28 Mac 2010

Pilihan Raya Kecil Hulu Selangor

Pengundi Hulu Selangor bakal menghadapi pilihan raya kecil tidak lama lagi. Kemenangan tipis calon dari PR membuatkan BN merasa harapan cerah untuk merebut kembali kerusi parlimen ini.Tapi siapa yang akan di jadikan calon di Parlimen Hulu Selangor. Ada toga calon yang sering di katan semasa ini. Dua dari BN dan satu dari PR.





Mungkinkah ini calon harapan antara parti yang bertanding.Walau siapa pun calon , pengundi telah punyai pengalaman jika negeri dan pusat di tadbir olih parti yang berlainan. Tidak ada Kerajaan Pembangkang yang di istilahkan olih BN. Harap Bn berhati hati dalam perkara ini. kerana BN juga adalah pembangkang dalam beberapa kerajaan negeri.

Isu - isu hangat di parlimen bukan mudah untuk memancing pengundi kini. Jadi kedua - dua pihak harus berhati - hati dalam mengutarakan isu - osu semasa.

Selamat mengundi pada penduduk Hulu Selangor dan berjaya kepada calon bertanding.

Isnin, 1 Mac 2010

dera di batu 30 batang kali

Pada 25 Feb 2010 rakyat Malaysia do kejutkan dengan satu kejadian menyayat hati. Seorang kanak - kanak telah di dera sehingga mendatangkan kematian. Setelah tersebar berita itu berbagai cerita timbul. Seperti bersekedudukan , telah di dera lama , masyarakat tidak perihatin dan berbagai lagi. Lebih teruk ada segelintor masyarakat yang mengambil kesempatan memburukan keadaan dengan menokok tambah cerita. Dan diantaranya termasuk yang ada kes polis mencederakan isteri dalam minggu yang sama berlagak sebagai hero kampong.

Pada pendapat saya , masalah ini bukan dari masyarakat yang tidak mengambil perhatian dalam kejiranan. Pihak akhbar juga jangan menulis melulu saja dan perlu memahami keadaan masyarakat setempat.Cuba pihak akhbar dapatkan laporan polis berkaitan pertelingkahan yang membabitkan masyarakat batu 30 di Balai Polis (Batang Kali)berhampiran atau di Balai Polis Kuala Kubu Baru.

Kedua ibubapa bagi suspek dan teman wanitanya patut di selidik dahulu kerana membiarkan anak mereka bersekududukan tanpa nikah.Ibu bapa suspek pernah ditanya hal berkaitan. Kedua ibu bapa suspek menjelaskan bahawa anak mereka telah bernikah di pihak perempuan saja . Kenduri tidak di lakukan di Batu 30 sebab di buat dirumah saudara mereka.Orang kampong berfikir tidak mungkin ibibapa menipu hal begini. Latarbelakang ibu suspek yang rajin atau ringan tulang dalam membantu masyarakat terutama dalam kenduri kawin dan persatuan mengambarkan sikap perihatin dalam keluarga.

Keadaan masyarakat yang keliru dengan sikap kepimpinan kampong juga menyumbang kearah berlaku perkara seperti ini. Ada yang ingin menonjol sebagai jaguh pemimpin tetapi masyarakat menolak kerana perangai pemimpin itu sendiri.Tambah pula dengan pergolakan politik yang agak taksub membuat masyarakat bertambah keliru siapa sebenar tonggak kepimpinan kampong.Jika dulu ada ketua kampong yang tempat merujuk , ada nazir masjid tempat merujuk tapi jawatan itu kini bukan orang yang di segani masyarakat malah lebih mirip kepada politiking.

Momokan yang berlebihan juga membuat masyarakat lebih bosan dengan kerenah birokrasi politik dan kepimpinan masyarakat.