Rabu, 29 Julai 2009

ADUN Batang Kali jual durian.

Adun Selangor jual durian

Oleh Md Fuzi Abd Lateh
bhnews@bharian.com.my


MOHD Isa melayan pelanggan memilih durian bermutu di gerainya di hadapan Bangunan Umno Bahagian Hulu Selangor.


Bila melihat akhbar berita harian dan sinar 29 Julai 2009 terpapar kisah ini. Melucukan pada saya bila membaca berita tersebut.semua itu gemek politik untuk cari publisiti saja.

Kalau dah pendapatan RM 700 sehari , buat apa nak pening kepala dengan elaun wakil rakyat lagi. Lebih baik terus berniaga. Kepala pun tidaklah pening berserabut.
["Walaupun mendapat tekanan pembangkang, saya tidak berputus asa melakukan kerja ini demi mencari rezeki halal, termasuk membantu rakyat di Batang Kali," katanya ketika ditemui Berita Harian, di sini, semalam. ]
Ehhh.... siapa jadi pembangkang sebenarnya .... rasanya adun ni masih bermimpi. Jadi inillah gambaran ADUN dari BN.masih bermimpi rupanya.
Sebut fasal pejabat ADUN Batang Kali ni ... Ada satu cerita di sebalik cerita. Bekas ADUN TS M pernah menyatakan , selepas ini sesiapa jadi ADUN Batang Kali akan menggunakanan Pejabat Adun yang beliau gunakan waktu itu. Tapi sekarang ini pejabat itu dah bertukar tangan ke YBK. siapakah punya angkara ini ???????. Cubalah dengar - dengar sikit dari orang Batang Kali.
Orang tahu , pejabat yang kini milik YBK adalah mengantikan Balai Raya lama depan Pejabat POS Batang Kali. Pada permulaan semua kelengkapan atas nama Balai Raya. Bangunan itu di hadiahkan olih pemaju yang membina Pekan Batang Kali .
relax kedai kopi hari ini riuh rendah dengan bualan ADUN jual durian. Tak perlu lagi adun kita ni nak berkejar ke Dewan Negeri untuk bersidang.
Selamat Maju dalam perniagaan

Sabtu, 25 Julai 2009

Betul ke ada Kerajaan Pembangkang

Betul ke ada kerajaan pembangkang. Kalau pembangkang ada kerajaan , siapa jadi pembangkang dalam kerajaan tersebut. Apa nak di panggil wakil wakil pembangkang dalam Kerajaan Pembangkang.

Cerita ini bukan rekaan. Jika anda melihat berita di TV ( TV 1,TV2,TV3,Bernama) semua nya sama. Ini menunjukan pemberita TV kita tidak faham apa itu kerajaan dan apa itu pembangkang. Jika ini berterusan menunjukan Kerajaan kita akan terus bertambah kalut. Pembangkang bila di dalam dewan persidangan ( Rakyat atau Negeri). Wakil rakyat untuk semua rakyat. Wakil rakyat terpilih kerana rakyat mahu tuan / puan mewakili rakyat. Bukan kerana parti yang anda wakili semata - mata. Jika ini masih di amalkan , usah bercerita 1 Malaysia Rakyat Di Utamakan.

Apakah dengan kemajuan dan kemerdekaan ini masih ingin mengongkong fikiran rakyat dengan sebutan Kerajaan hanya untuk BN saja. Cubalah menerima realiti semasa .

Yang mentadbir diantara negeri - negeri pun semua masih rakyat Malaysia. Parti yang berdaftar di Malaysia. Pembayar cukai dalam Negara Malaysia.Bermakna BN sendiri tidak percaya dengan Rakyat Malaysia yang telah membuat pilihan mereka.


Rabu, 22 Julai 2009

Pusat dan Negeri siapa yang lantik wakil rakyat .

Nampak gaya Selangor akan bertambah serabut bila ujud Pejabat Daerah untuk Persekutuan.Dulu JKKK di pecahkan dua. UMNO/BN pernah kata JKKK, Masjid dan Jabatan Kerajaan jangan di politikan. Tapi awal awal lagi UMNO /BN dan politikan JKKK. Bila JKKK terbahagi dua , Pejabat Daerah pun tebahagi dua. Jangan nanti rakyat Selangor akan terus menidakan kehadiran BN di negeri Selangor. Perkara ini bukan satu yang mustahil. Bila kakitangan Kerajaan di Selangor di tekan dengan berbagai kerenah politik pemimpin pusat. Apakah pemimpin UMNO/BN terfikir siapa pengundi di putrajaya. Berapa jumlah undi yang BN dapat tempoh hari. Kebanyakan pengundi di Putrajaya adalah kakitangan kerajaan sendiri.

Jangan nanti bila masa pilihan raya tiba, akan berkata pengundi kepada calon , undi kamu akan mengkayakan kamu saja. Lepas undi nak jumpa pun susah. Sebelum undi cakap sungguh lembut. Bila dan menang , suka menengking kakitangan kerajaan dan orang kampong.

Dengan ujud ada dua Pejabat Daerah , sudah jelas BN tidak menghormati rakyat yang memilih wakil mereka.Mungkin BN pun sudah jemu nak mentadbir pusat. Sabarlah ...... bila sampai masa nanti... serahkan pentadbiran kepada yang baru pula.

Apa yang jelas kini BN semakin menggunakan Jabatan Kerajaan untuk tujuan pilihan raya akan datang.

Selasa, 21 Julai 2009

apakah sebenar yang berlaku

Apakah sebenar yang berlaku di SPRM. Adakah Teoh Beng Hock mempunyai maklumat yang cukup rahsia hingga menggugat negara dan membunuh diri. Jika betul bukan di SPRM tempat di soal siasat.Bagaimana kawalan saksi di SPRM. Tidak adakah perlindungan saksi di Malaysia ini ???


Apa yang berlaku , perlukan jawapan yang menyakinkan rakyat malaysia. Jangan hanya selogan saja 1 Malaysia. Bila terjadi begini , timbul pula SPRM dengan ketuanan melayu. Ini bukan soal perkauman , jangan lah menggula gulakan rakyat dengan isu perkauman dalam hal ini.