Jumaat, 23 Januari 2009

UMNO TERUS MELATAH ATAU MASIH MIMPI

Pagi tadi sambil minum "cham dan roti bakar sama telor " aku senyum dengar perbualan jiran sebelah meja. "Pak Khir " dah mula nak nyanyuk. Itu kata mereka. Tidak sampai setahun PR memerintah, isu lembu korban yang nak di ceritakan. " Pak Khir " ingat dia bersih ke. Dia lupa ke ada rakan hantar beg - beg berisi kepadanya. Bekas - bekas MB Selangor dulu tiada pekong ke untuk di korek. Jangan isu yang di bangkitkan akan mencemeh diri sendiri.

Bakal Peresiden UMNO kata UMNO tidak lagi mesra rakyat. Seorang bakal Tim. Presiden kata UMNO sudah tidak ada daya penarik. Dan sorang bakal Tim.Presiden kata UMNO masih relevan . TUN Mantan PM kata " Melayu Mudah Lupa ".Mungkin mantan PM tu bukan dari melayu tulin. Tu fasal dia tahu. UMNO sendiri mencipta perpecahan dalam Melayu sendiri. tetapi pemimpin melayu UMNO ini masih tidak mahu mengaku.

Ada pemimpin UMNO memanggil ketua - ketua kampong dan di minta berikrar tidak menyokong Kerajaan Negeri. Di buat pula di kampong satu jawakan kuasa baru. Ini semua mengundang perpecahan melayu dalam kampong. Tidak cukup lagi perpecahan melayu bila UMNO membuat satu kampong dua cawangan. Masing masing ketua cawangan ingin jadi bos kampong. UMNO yang mula memecahkan masyarakat di kampong. Sehingga Ketua Kampong ibarat pempimpin yang tiada fungsi.

Saya nak tanya pemmimpin UMNO sendiri. Berapa jumlah ahli UMNO berbanding ahli PAS dan PKR ( ahli melayu saja). Siapa sebenarnya tidak mengundi calon BN dalam pilihan raya. Adakah UMNO akui bahawa menysuarat cawangan - cawangan banyak yang tidak sah. Ini semua akan membawa kesan bila pilihan raya.

UMNO kta Raja adalah tunggak negara. Jika MB di iktiraf olih SULTAN ,adakah rakyat perlu memboikot kerajaan negeri. Cuba renungkan sikit. Jangan fikir rakyat akan ikut telunjuk pemimpin politik saja.....

Saya bukan taksub mana-mana parti politik. Matlamat parti adalah untuk memerintah negara.
Jika ini berterusan berlaku dalam parti UMNO dan komponen BN , saya percaya BN bakal hilang kuasa bila pilihan raya ke 13 nanti.

Isnin, 12 Januari 2009

Boikot Barang dan Kempen Ezam

Lama tidak membuka blog. Sekarang ni banyak terima sms dan email supaya boikot barang Amerika dan Israil. Tun pun sama suruh bokot. Aku senyum saja. Masa Tun jadi PM dulu pun tidak berani boikot barangan Amerika. Baru baru ni KFC terpaksa membuat kenyataan akhbar berkaitan boikot barangan Amerika. Kenapa tidak suruh hentikan saja dagangan dengan Amerika. Lagi senang dan jelas maksudnya. Mungkin mereka lupa pada peniaga-peniaga di Malaysia sendiri. Berapa ramai yang berurusan dengan barangan Amerika. Lain kali fikirkan negara sendiri baru fikir negara orang.

Dalam akhbar ada terbaca berkenaan Ezam. Tahu rahsia Anwar dan menyimpan satu rahsia hingga hari ini. Dia juga menyatakan di suruh Anwar sebagai perantara dengan PM (sekarang mantan) untuk berurusan damai. Orang tidak sekolah pun senyum dengar cerita ni. Masa tu dia orang kanan Anwar , sudah tentu di minta uruskan perkara itu. Dia juga sudah lihat 4 kotak rahsia tu.Kalau dah lihat makna sudah tahu. Kenapa masih tidak membuka rahsia kotak tu lagi.

Secara logik , pemimpin atasan ada menyimpan rahsia orang bawahan.Sebagai senjata agar tidak melawan. Jadi bagi Anwar memang ada logik beliau tidak mengistiharkan sekarang. Kerana kuasa bukan di tangan beliau. Jika Anwar jadi PM mungkin ini sebagai senjata beliau untuk mendakwa musuh - musuh politik beliau dahulu. Jika benar kotak rahsiaada pada Anwar.

Jadi Ezam usah cerita lagi benda benda seperti ini.Nampak sangat kebodohan beliau sendiri. Sampai isteri bersalin pun tidak di pedulikan.