Pagi tadi masa di kedai kopi terjumpa dengan 2 ajk PKR Hulu Selangor. Seorang dari mereka adalah Ahli Majlis.Saya pun bersembang sebentar dengan mereka.Dalamsembang itu saya dapati mereka ini masih tidak faham peranan JKKK di kampong. walaupun memegang jawatan di PKR Bahagian dan Ahli Majlis. Setahu saya mereka ini terpelajar juga ... maklumlah kerja dulu termasuk dalam kumpulan IKTISAS.
Mereka mula bercerita berkaitan Kerajaan Baru Selangor , mengenali beberapa EXCO agak rapat. Pemantau kepada JKKK dan ingin pastikan JKKK bergerak ikut dasar kerajaan. Bila mereka mula menempelak JKKK yang masih belum bergerak dan tidak hormat kepada mereka , saya mula rasa naik angin. Nampak gaya wakil wakil kerajaan negeri melalui politik ini lebih teruk dari dahulu.
Saya tanyakan kepada mereka , sudah ke kerajaan mengeluarkan senarai JKKK yang telah di perakui. Bagaimana nak bergerak jika tiada AJK yang di perakui. Saya katakan Jika begini mana satu JKKK nak ikut. Kata penyelaras DUN atau kata AJK Bahagian PKR.Makluman saya terima Ketua Bahagian PKR Hulu Selangor selaku penyelaras DUN tidak lagi berperanan sedemikian. Kenapa jadi begini ????. Massalah dalaman sendiri tidak dapat di atasi.
Mereka bertanyakan kepada saya berkaitan kursus jabatan jabatan yang di adakan. Senarai kursus mereka tidak terima atau tiada maklumat. Ini pada saya mereka tiada hubungan yang baik dengan jabatan jabatan kerajaan dan juga tidak ada pengetahuan berkaitan jabatan berkenaan. Sepatut mereka tahu , tiap tiap jabatan ada kumpulan sasaran sendiri. Dan kakitangan jabatan juga ada " orang hubungan " dengan kumpulan sasar mereka. jika mereka betul perihatan , dekatkan diri dengan jabatan - jabatan kerajaan dan kumpulan sasar ini.
Saya beri pandangan kepada beliau , sepatutnya mereka bolih gunakan JKKK dan persatuan di kampong - kampong untuk bergerak. Jangan hanya bermegah dengan jawatan parti yang di pegang. Parti sepatutnya membantu JKKK untuk dapatkan peruntukan.Bukan menyalahkan JKKK jika tidak sependapat dengan mereka.
Saya tanya mereka , di Hulu Selangor hanya ada Ahli Parlimen PKR. Kenapa tidak berganding bahu buat programe membantu sesama sendiri ????. Jika ini pun tidak mampu usah fikir di masa akan datang PKR akan berkembang di Hulu Selangor.
Saya fikir EXCO - EXCO di Selangor jangan hanya dengar cerita dari AJK begini. Kerana ini menyebabkan masyarakat di kampong akan lari dari mengikuti perkembangan kerajaan Pakatan Rakyat di Selangor.
Saya berpendapat , kerajaan Selangor buat satu keputusan kemana saluran POLITIK yang harus di ikuti JKKK. Jika pentadbiran ramai yang tahu melalui penghulu Mukim dan ke Ajensi berkaitan. Ini berlaku kerana ADUN yang bukan dari Pakatan Rakyat. Ramai mengaku sebagai wakil kerajaan negeri.
Sabtu, 29 November 2008
Selasa, 25 November 2008
PKR Hulu Selangor bergolak
PKR Hulu Selangor bergolak ?????. Tapi cerita ini dari orang kuat PKR sendiri.Nak di nafikan , tidak bolih juga.
Antara cerita yang di dengar termasuk isu perlantikan JKKK di kampong. Aktiviti penyelaras DUN yang dikatan tidak telus. Lantas jawatan kuasa PKR Hulu Selangor membuat usul tidak percaya kepada Ketua PKR Hulu Selangor.
Sampai bila nak aman ????. Baru dapat mentadbir negeri sudah jadi begini.Tidak ada kesedaran pada pemimpin PKR ini nampak nya.Hubungan dengan Ahli Parlimen pun tidak baik. Wal hal ahli Parlimen adalah dari PKR sendiri.Jadi bagaimana hendak menjadi contoh yang baik pada masyarakat.
Sedarlah wahai PKR Hulu Selangor. ADUN Hulu Selangor semua dari BN belaka. Sepatutnya gunakan Parlimen untuk buat program parti bermesra dengan masyarakat.Jangan lebih teruk dari sebelum ini.
Ingatlah , ahli parti dan ahli masyarakat dua keadaan berbeza. Bukan semua ahli parti mengundi wakil calun dari parti. Mengundi hak individu , bukan setiap calun dari parti akan terus mendapat undi. Sekarang ni ahli parti yang ramai bukan menjamin sokongan undi yang banyak.Fikiran rakyat banyak berubah.
Jadilah parti yang mendapat perhatian masyarakat. Bukan parti yang menjadi cemuhan masyarakat , seperti UMNO kini. Bila pemimpin dan bekas pemimpin mencerminkan parti yang di belengu rasuah.

Jumaat, 21 November 2008
Babi oh Babi
Babi /Khinzir kini menjadi semakin popular lagi. Kini di Negeri Kedah pula. Sunguh beruntung babi / khinzir ni selepas pilihan raya. Nama mereka selalu di sebut.Penang menyatakan kekotoran di Penang ada kaitan dengan ternakan babi / khinzir di Kedah. Orang Islam memandang jijik pada babi / khinzir ini.
Tapi kenapa orang Islam sendiri tidak terfikir bagaimana untuk mengatasi ternakan babi / khinzir yang bersepah ini ???? . Jika ada rancangan untuk mengumpulkan ternakan ini di anggap melampau dan membelakangkan orang islam ???.
Adakah masyarakat Islam masih mahu babi / khinzir diternak secara merata termasuk di tepi tepi sungai.Atau di celah celah rumah di kampong. Bagaimana rasa bila anda melihat babi / khinzir ini di ternak sedemikian.
Umpama dulu babi ada di kawasan perumahan cina yang berhampiran kampong kampong melayu. Seperti Hulu Yam , Rawang dan Rasa. Walau pun tidak seberapa ..... apakah pandangan mereka.
Bila ternakan ini di kumpulkan setempat , kenapa ada yang tidak setuju......... atau masih suka cara di ternak kaedah lama.
Umpama Daerah Sepang dan P Dickson area bukit Pelandok. Memang orang ramai tahu disana adalah kawasan babi / khinzir. Kenapa kini begitu melenting ... sudah berpuluh tahun ternakan babi / khinzir ini berada di kawasan tersebut.
Kak Pidah vs Kak Shahrizat

Pertandingan ketua wanita tidak dapat di elakkan. Kak Pidah vs Kak Rizat. Siapa yang bakal menjadi ketua wanita UMNO 2009 - 2011 ?. Sama sama kita nantikan.
Timbul pertanyaan pada ramai pihak , bila akar umbi menyatakan sokongan pada Kak Rizat termasuk bahagian yang mencalonkan Kak Pidah. Kenapa Kak Pidah tidak ikut PM dan Timbalan dalam peralihan kuasa ?.
Mungkin Kak Pidah masih berharap menjadi Menteri jika masih menjadi ketua wanita.Atau mahu menunjukan pada Pak Lah bahawa beliau masih ada sokongan , tidak seperti Pak Lah. Dan Pak Lah silap tidak memilih beliau sebagai menteri.
Dengan perkembangan ini ada kemungkinan peralihan kuasa wanita hanya tinggal cerita sahaja.Kak Pidah tidak akan tunaikan janji peralihan kuasa dengan apa yang telah berlaku ini.Nampak gaya wanita masih mempunyai gaya kepimpinan yang sama juga jika Kak Pidah terpilih nanti.
Kini terpulang kepada ahli wanita menentukan hala tuju kepimpinan. Bila lagi ahli nak guna kuasa sebagai pemilih ..... Dengan suara yang di utarakan tidak di perdulikan pemimpin yang ada.
Ahad, 9 November 2008
S.P.I.E.S dan JKKK Selangor
Tahniah di ucapkan kepada Kerajaan Negeri Selangor yang telah memberikan kursus S.P.I.E.S kepada pengerusi dan setiausaha JKKK.JKKK merupakan perlaksana di peringkat akar umbi dalam organisasi kerajaan.Sebagai peserta kepada kursus S.P.I.E.S yang telah berjalan dan pengalaman saya sebagai setia usaha JKKK sebelum ini membuatkan saya rasa terpanggil untuk mencoretkan sesuatu disini. Mungkin ada bebarapa perkara yang tidak disenangi olih pihak pentabiran Kerajaan dan anggota JKKK sendiri.
Pertama adalah rungutan dari rakan - rakan saya yang berkerja dengan sektor berkaitan masyarakat luar bandar.( Seperti RISDA , Jabatan Pertanian , Haiwan dll).Kerjasama untuk mendpatkan kemudahan Balairaya tidak di perolihi di beberapa kawasan. Terutama di Kawasan Kuala Selangor.Juga jika ada kebenaran menggunakan balairaya , di kenakan bayaran yang tidak masuk akal iaitu anggap tinggi.Adakah JKKK kini seperti badan swasta untuk mencari keuntungan ????. Badan badan Kerajaan ini bukan badan koperat, dan member khidmat untuk masyarakat.Seharusnya di benarkan menggunakan kemudahan Balairaya secara percuma demi kepentingan rakyat. Selangor adalah negeri KEBAJIKAN.
Pada pandangan saya JKKK ini masih seperti lama kerana telah di politikan. Kerana di politikan maka JKKK menjadi saru badan yang tidak tentu hala di peringkat akar umbi.
Seharusnya berlaku adalah sebuah JKKK yang mendapat restu majoriti masyarakat setempat.Yang menggerakkan JKKK adalah masyarakat setempat.Pengerusi dan ahli JKKK mesti dapat bekerja sama dan mendapat penerimaan ahli masyarakat.Tugas penghulu dan wakil parti pemerintah "sebagai endosment" kepada JKKK .
Disini letak peranan Ketua Kampong sebagai penasihat dalam pertubuhan di kampong-kampong.Secara otomatik ketua kampong menjadi penasihat kepada Masjid , Surau , Pertubuhan Belia dikampong dan alin lain pertubuhan. Ketua kampong tidak perlu aktif dalam politik. Kerana jika ada perbalahan masyarakat , ketua kampong sebagai tempat merujuk nasihat.
JKKK sepatutnya berikhtiar mencari duit tabung atau di bantu olih Kerajaan Negeri dalam pengurusan JKKK. Seperti penyelenggaraan utility air dan api serta perbelanjaan surat menyurat.Bayangkan jika persatuandlam kampong di kenakan bayaran , apakah pandangan masyarakat terhandap JKKK dan Kerajaan. Kemudahan Kerajaan sepatutnya di gunakan percuma olih rakyat.
Dalam AJK JKKK pula tidak di wajibkan kehadiran wakil belia dan wanita. Pada hal Belia dan Wanita adalah aset pada masyarakat yang tidak ternilai.Agihan AJK lebih kepada kuota parti bukan kepada keperluan masyarakat.
Dari pengalaman saya dalam JKKK dan setelah mendengar cerita rakan rakan kursus S P I E S , saya yakin JKKK ini tidak dapat berfungsi dengan baik walaupun di didik dengan baik.
Kerajaan Negeri harus memberikan perhatian dlam perkara ini. Jangan nanti lebih teruk dari JKKK yang lepas.
Mohon Maaf jika kata kata ini menyinggung pihak pengurusan.

Langgan:
Catatan (Atom)