Ahad, 29 Jun 2008

Siapa Saiful ???

Semalam saya ditegur oleh seorang teman lama, saudara Saiful Bukhari Azlan (kiri dalam gambar), mantan Timbalan Presiden (I) Majlis Perwakilan Pelajar UNITEN sesi 2006/2007 di sebuah majlis ceramah di Subang Jaya.
Hampir setahun kami tidak berhubungan lantaran kesibukan merencana agenda masing-masing. Saiful, seperti yang saya kenali kelihatan cool, santai dan tenang. Kata beliau, saya semakin kurus. Teman saya ini barangkali sudah menemui apa yang diimpikannya selama ini. Mungkin gambar di atas mampu menceritakan segalanya. Di sebelah beliau ialah Khairil Annas Jusoh, lulusan Universiti Islam Antarabangsa Malaysia yang kini berkhidmat sebagai Pegawai Khas kepada Timbalan Presiden UMNO, Najib Razak.

( dari blog http://riwayathayat.blogspot.com/2008/02/selamat-maju-jaya-saiful.html )

wah hebat juga kini





Wah .... Rakyat bakal menyaksikan perbicaraan liwat yang terbaru. Membabitkan orang yang sama dan pasangan yang baru . Ini baru hebat. Membawa kepada kewibawaan polis dan badan kehakiman negara yang baru. Namun rakyat jelata masih menjadi tanda tanya dengan perkembangan ini. Seperti perkembangan Yong Teck Lee yang akan di dakwa atas kesalahan rasuah pecah amanah.



Nampak gaya kes ini seperti perang politik yang sama seperti luar negara. Maklumlah semua pemimpin kita ada penasihat luar negara. Yang untung luar negara juga. Cuma rakyat juga kena di permainkan olih pemimpin. Nasib rakyat Malaysia... beginilah.


Yang pasti , rakyat x mau lihat tilam di usung lagi. Cubalah buat clip video pulak. Macam Chan Soi Lek ke, Korek Korek Korek ke... Tu pun nak bawa kepada pakar video untuk pengesahan gambar juga.


Apa pun di ucapkan kepada semua selamat memberi keterangan dan memberi penerangan untuk coloteh rakyat semua. Bila semua pemimpin dah terbuka rahsia ... tak payah cerita untuk memajukan rakyat.


Lebih baik


Ezam raja lawak yang baru

ahahh hhaaaaaaa...................... Ezam dikatakan Raja Lawak yang baru. Kalau bertanding dulu pasti mengalahkan Nabil. Itulah cerita yang saya dengar semaca menikmati sarapan pagi.

ia kata dah bagi 2 das tembakan bila 100 hari pemerintahan BR. Oarng kata lagi .... agaknya kotak rahsia yang Wzam simpat tu dah hilang kot... Patut kene repot polis tu...

Jika Ezam kata dia nampat ada perubahan pada sistem kehakiman , polis dan BPR maka ini adalah masa sesuai bagi dia membuka kotak-kotak rahsia itu.

Tapi kemana pergi semua cerita Ezam dulu. Kalau dia kata satu pembohongan , maka tak perlu dia cerita yang lain lain lagi. Pasti juga satu pembohongan dari Ezam sendiri.

Jangan dok syok cerita saja.. masih banyak rakaman Ezam dulu dalam internet berkaitan rasuah menteri - menteri yang bolih didapati.

Rabu, 25 Jun 2008

Gempar gempar gempar

Pagi pagi lagi semasa di kedai kopi biasa masing-masing meja sibuk berbual rancak. Aku cuma menung menunggu "kopi cam" dan telur setengah masak.Agaknya apa yang dibualkan mereka ????.

Oohh rupanya cerita Raja Petra. Kenapa begitu berani membuat kenyataan. Mengaitkan orang no 2 dalam negara Malaysia. Apakah sebenar yang ingin di sampaikan olih beliau. Adakah risiko yang di hadapi jika kenyataan itu palsu belaka. Satu tuduhan yang cukup berat , yang melibatkan nyawa. Lebih-lebih lagi nyawa rakyat asing. Tercemarkah negara nanti ???.

Apakah asas yang di perolihi begitu kukuh.Bagaimana jika benar berlaku atau satu pembohongan yang di rancang. Siapakah di belakang tabir dalam kenyataan beliau.

Memang sukar di percayaai , dan tidak susah pula untuk mempercayai. Dengan keadaan badan kehakiman yang tercemar , pendawaan yang berubah-ubah , persengketaan antara pemimpin sekarang ini mungkin ada terselit satu rahsia sulit yang bernilai tinggi.

Contoh yang sering di perkatan golongan bawahan ialah kisah Yong Teck Lee di Sabah. Bila tercetus untuk membuat undi tak percaya terus ada kes Rasuah. Tapi kes itu semasa beliau jadi KM Sabah. Masih orang kuat BN.

Rakyat makin keliru dengan keadaan negara sebenarnya ......................

Selasa, 24 Jun 2008

JKKP VS JKKK (II)

Seperti yang pernah dikatakan sebelum ini , bakal ada pergolakan pada masyarakat dalam perlaksanaan JKKP dan JKKK. Satu kapal yang di kendalikan dua Kapten.

Baca sinar 24 Jun 08 edisi Selangor dan KL. Kampong Sungai Masin di Batang Kali , tempat YB Tan Sri Muhammad Muhd Taib pernah menjadi ADUN. Dan bakal berlaku lagi di beberapa kampong yang akan cuba menguasai Balai Raya. Ini lah perancangan pemimpin menggunakan alasan pembangunan untuk mengelirukan rakyat. Tujuan sebenar adalah untuk kepentingan politik saja. Tanpa mengambil kira keharmonian penduduk kampong. ( mungkin bahasa ini agak menyinggung).

Pada pandangan saya , dari pengalaman yang 100 hari PR 12 ini pengundi tidak akan ragu untuk mengubah pentadbiran di Pusat. Jika cara Pusat ini banyak memainkan masyarakat luar bandar. Antara ucapan yang melucukan saya dengar , bertambah rumah urut di Selangor sejak PR memerintah. Kuil akan bertambah besar di Selangor.

Antara to kong terbesar di tenggara asia adalah di Sg.Choh di Hulu Selangor. Pada zaman siapa ?????. Di Batang Kali tumbuh karaoke pada zaman siapa ???????

Inilah akibat bila Ketua Kampong di Politikan olih pemimpin politik yang menerima amanah dari rakyat.

Jumaat, 20 Jun 2008

Mantan PM dari India

Palanivel juga berkata, Dr Mahathir harus ingat kepada "asal usulnya" sebelum membuat kenyataan seumpama itu. Nenek moyang Dr Mahathir berasal dari selatan India.Beliau juga menegaskan bahawa Dr Mahathir "gagal melihatkan gambaran yang besar" dalam keghairahannya mengkritik Perdana Menteri, Datuk Seri Abdullah Ahmad Badawi dan Samy Vellu. ( Malaysiakini.com 20 Jun 08)


Bagus juga Malaysia ni. Mantan PM semua dari luar negara baka mereka. Kata orang lah. Ada dari Siam ,Arab,Inda,Bugis.

Mana yang dikatakan melayu jati negara ini.Takde ke jadi pemimpin terulung negara.Patutlah kaum lain ni nampak senyum bila sebut ketuanan melayu. Rupanya pemimpin kita bukan melayu tulin.

Jadi kita kenalah ingat sejarah bersama-sama.Jangan suruh kaum lain baca sejarah sendiri.

Rabu, 18 Jun 2008

Pejabat ADUN Batang Kali

Dah 100 hari selepas PR 12. Dah macam - macam cerita kita dengar. Sekarang ni nak masuk era mesyuarat di cawangan - cawangan UMNO pula. Itu pun dan mula macam mavam cerita.

Yang rasa nak ketawa bila ada yang bertanya Pejabat ADUN Batang Kali dimana. Semenjak dari era Tan Sri Muhammad Muhd.Taib , kawasan Batang Kali semua tahu bahawa pejabat ADUN di depan Balai Polis Batang Kali. Tan Sri Muhammadjuga pernah berkata , sesiapa yang menjadi ADUN Batang Kali akan berpejabat di sana. Begitu juga bila Dato Zainal jadi ADUN. Kenapa bila Sdr Isa Kasim menjadi ADUN Batang Kali dah berpindah pejabat.

Ada yang kata , pejabat tu bawah kerajaan negeri ... tapi kenapa terpasang Bena YBK. Sejak bila menjadi milik YBK bangunan tersebut.

Dari sejarahnya semua orang tahu , zaman Tan Sri Muhammad menjadi ADUN , Balai Raya lama depan Pejabat Pos Batang Kali adalah pejabat beliau. Waktu tu bila hujan pasti tenggelam olih air dari bukit seberang jalan. Ada dua jabatan yang bersama kitika itu , RISDA dan KEMAS.

Bagi kebanyakan penduduk imej pejabat ADUN itu perlu di kekalkan. Dah ramai yanmg berkata perpecahan dalam UMNO Bahagian Hulu Selangor akan berlaku. Dan kini kerap pula Dato Zainal buat programe atas nama YBK. Tak taulah samada sambil berkempen untuk timbalan ketua bahgian atau menunjukan ada pengaruh pada orang atas.

Rabu, 11 Jun 2008

Mantan PM dan Hakim

Hari ini di kedai kopi banyak bercerita berkaitan kehakiman. Mantan PM campur tangan dalam badan kehakiman. Nak kata tak betul , ada pengakuan dan ada berita ramai lagi akan buat pengakuan. Itu dalam akhbar Berita Harian 11 Jun 08. Takkan berita tu x bolih percaya langsung.

Yang menjadi hangat adalah bila tersebut kisah perbicaraan yang membawa tilam sebagai bukti.Adakah ini juga ada campur tangan mantan PM. Ramai yang meneka tentu ada...Kerana kes ini bernilai tinggi. Terutama terhadap mantan PM sendiri. Jika ada campur tangan tentu penghakiman tidak dijalankan dengan betul.

Bagaimana dengan lain-lain kes yang di katakan berfofail tinggi. Yang melibatkan kerajaan. Oohhh , sungguh malang nasib Badan Kehakiman kita. Dah berpuluh tahun terbongkar juga.Bagaimana pandangan rakyat nanti terhadap Badan Kehakiman dan Mantan PM sendiri.

Susah juga nak memulihankan jika nama dah tercalar. Adakah ini tanda pembalasan yang terpaksa Kerajaan terima akibat dari angkara peminpin yang lepas.

Sama-samalah kita berdoa agar Malaysia akan terus aman dan di limpahkan kesejahteraan selalu.

Isnin, 9 Jun 2008

oh minyak oh malaysia oh boleh

Pagi ini ada yang berkata Malaysia patut naikkan harga minyak ikut pasaran semasa. Ini mengelakkan minyak di seludup ke luar negara dan di nikmati olih negara lain akan faedah subsidi yang di beri. Tapi kenapa ada negara lain harga minyak mereka tidak sampai RM 1.00. Pelik juga mereka kata. Bagaimana harga mereka lebih rendah hingga tidak sampai seringgit.

Iran = RM 0.29 / liter , UAE = RM 1.19/liter , Venezuela = RM 0.16/liter , Nigeria = RM 0.32/liter , Arab Saudi = RM 0.38/liter , Mesir = RM 1.03/liter , Kuwait = RM = 0.67/liter , Brunei = RM 2.03/liter , Malaysia = RM 2.70/liter.

Harga daging kotak pun dah naik , tambang juga bakal naik. Selalunya bila barang naik maka akan tetap naik. Walaupun di sekat kenaikan itu. Kenaikan pasti berlaku.

Yang mereka kata lagi , dulu kata kenaikan berlaku pada bulan Ogos. Rupa-rupa lebih awal. Sekarang ni jangan percaya sangat kata menteri tak naik harga barang. Cuma kita tunggu jer senarai kenaikan harga barang tu. Kempen untuk pengangkutan awam juga seperti angan-angan je. Dari Tanjung Malim ke KL jika dulu bas banyak . Sekarang ni nak tunggu bas pun susah. Makin jadi konsotium penggangkutan makin susah.

Tradisi membela rakyat BN tu mula di perkatakan orang kampong. Seperti kecohnya penutupan jalan di Grand Saga.

Rabu, 4 Jun 2008

JKKKP VS JKKK


JKKP di 4 negeri wajar pastikan keberkesanan projek: Muhammad
Itulah bunyi berita harian Rabu 4 Jun 2008. Juga menjadi tajuk sembang kedai kopi pada pagi itu.
1. Dalam sembang - sembang di kedai kopi , masih ramai yang mempertikaikan kenyataan beliau. Juga termasuk dengan ucapan beliau semasa ini berkenaan isu Imam - imam.Ada sesuatu tak kena dengan beliau kata majlis mesyuarat kedai kopi. Dia ni tak faham ke keadaan di kampong. Jika UMNO tu bolihlah tubuhkan dua , tiga cawangan. Ini JKKK . Jika sampai dua JKKK dalam satu kampong , siapa yang lebih berkuasa.
2.Benar ke PR yang nak bubarkan JKKK di kampong- kampong. Atau BN sendiri telah membawa ketua-ketua kampong ke INFRA untuk di "brainwash". Namun tak semua ketua kampong setuju dengan pandangan beliau.
3. Wakil rakyat adalah untuk semua rakyat. Samada dari BN atau PR. Semua elaun dibayar dari cukai rakyat. Janganlah fikir Malaysia masih seperti zaman penubuhan UMNO lagi. Jika nak negara maju , terima hakikat sekarang ni bukan zaman UMNO itu Kerajaan dan Kerajaan itu UMNO.
4. Yang pasti dari dahulu lagi JKKK telah di politikan olih "pemimpin" untuk kepentingan Parti.Sebab itu dalam JKKK tidak pernah aman dari pengguguran Ketua Kampong. Kerana ketua kampong juga telah di politikan.
5. Siapa lagi yang hendak mendamaikan kampong sebagai orang tengah jika bukan ketua kampong.

Isnin, 2 Jun 2008

Apakah YU WIE

1. kita dibayar untuk setiap aktifitas yang kita lakukan seperti di FS. Apa sajakah aktifitasnya? Lihat disini.

2. kita bisa dapat banyak kenalan, bahkan dari luar negeri. Yang jelas, teman jauh lebih berharga dari sekedar materi atau uang.

3. join YUWIE gratis, tidak merugikan dan ini adalah situs legal yang diakui oleh BBC dan dunia.
bisa menambah pengetahuan kita, karena banyak sekali blog buatan member2 YUWIE yang sangat berguna dan enak untuk dibaca.

4. kita juga sebenarnya membantu teman yang kita ajak join, karena mereka juga dapat menikmati indahnya persahabatan dan bayaran dari YUWIE.

5. pokoknya masih banyak lagi deh, silahkan dinikmati dan anda pasti akan merasakan keuntungan yang tak terkira. Yang jelas dengan join YUWIE kita juga bisa mendapatkan multiple income.