Jumaat, 30 Mei 2008

Ezam masuk UMNO


Ezam masuk semula UMNO. Itulah cerita pagi ini di warong kopi. Hangat juga ahli - ahli warong bercerita.Pada PRU 12 dulu Ezam juga ada berceramah untuk BN di Seksyen 16 Shah Alam.


Ada yang bertanya , Dato Hisham dah bertanya ke tiga soalan itu. Rasanya belum kot. Presiden dan kata tanpa syarat, tak kan nak tanya lagi. Camne dengan Dato Khir dan Dato Mukhriz , ada bantahan ke ???. Mungkin Ezam jadi persaingan dalam merebut jawatan KP UMNO.
Ramai yang berkata , sdr Ezam lebih nampak ketokohan sebagai calon ketua pemuda dari yang lain. Tahniah sdr Ezam, semuga memberi semangat kepada anda.
Apa pun saya berharap kemasukan sdr Ezam akan memberi nafas baru dalam pergerakan pemuda umno dan organisasi umno keseluruhan nya.


Rabu, 28 Mei 2008

Hulu Selangor

Sembang kedai kopi kali ini berkisar dengan Hulu Selangor. Jika di sudut Parlimen semua di kuasai pembangkang. Kenapa di sebut begitu ??. Ahli Parlimen dari PR dan Ahli DUN dari BN. Jadi kedua - dua adalah pembangkang. Parlimen pembangkang di pusat dan DUN pembangkang di Negeri.

Pengalaman bila mendengar ucapan dari wakil - wakil rakyat di Hulu Selangor selepas PR 12 amat berbeza nada suara. Wakil dari BN dengan nada yang agak keras , berlainan nada dari wakil dari PR. Ini mungkin bolih mempengaruhi pendengar dari rakyat yang mengikuti ceramah / ucapan dari wakil-wakil ini. Dan rakyat bolih pergi kemana-mana tanpa rasa kekok dan segan lagi. Satu perubahan yang saya kira baik.

Semasa kempen pencegahan jenayah olih Polis Selangor baru-baru ini , ada di jemput RT , JKKK , JKP. Yang geli di dengar adalah JKKK masing - masing mengaku lebih di anggap wakil Kampong atau penduduk. Ini mungkin baru permulaan bila ada ura ura JKKK akan di buat 2 di kampong-kampong. Saya terbayang , bagaimana jika ada agensi kerajaan yang ingin mengumpul orang kampong. Kepada siapa untuk bertemu , siapa yang memegang kunci balairaya. Saya percaya perkara ini akan lebih menjadi satu pergolakan yang berpanjangan dalam masyarakat nanti. Bukankah elok jika Ketua Kampong sebagai penasihat anak buah di kampong. Sekarang ini tiada siapa nak nasihatkan anak buah di kampong lagi. Masing- masing ada ketua sendiri.Siapa patut jadi orang tengah di kampong lagi.

Rabu, 21 Mei 2008

Tun dan UMNO

Wah... sembang sembang kedai kopi telah beralih ke isu perletakan keahlian umno olih Tun Mahathir. Hilang cerita kenaikan harga barang di warong-warong di kampong.

Aneh .... ada yang ketawa lebar , ada yang kata dah tradisi umno , ada yang kata ketulahan pemimpin dahulu.

Selaku orang kampong yang tiada pelajaran tinggi, saya teringat kata Tan Sri Muhammad Muhd. Taib. Dulu saya imam dan kini saya makmum. Saya perlu menjadi makmum yang baik. Memang saya lihat dia menjadi makmum yang baik.

Tun mengajak ahli umno keluar pari , seolah-olah ahli umno tu menjadi ahli kerana TUN. Bukan berdasarkan UMNO itu sendiri. Adakah Tun mengakui kesilapan beliau terhadap bekas-bekas Timbalan TUN dahulu. Tak seorang pun yang Tun rasa sesuai. Jika begitu kenapa Tun lepaskan jawatan dahulu.

Tun umpama pesara yang berfikir kerja dahulu masih sama kaedah menjalankannya. Bahawa pesara tidak tahu perubahan cara kerja dan matlamat utama sudah berubah.

Pada saya jika tidak mahu di keritik olih orang yang Tun bawa dalam kabinet semasa Tun dulu , jadilah makmum yang baik.

Apa yang jelas sudah ada pemimpin yang berkara , Tun ada masalah peribadi dengan PM sekarang. Ini akan merosakkan imej Tun sendiri.

Rabu, 14 Mei 2008

rupanya semua bercelaru

Sambil relax bersama rakan , melihat TV 3 buletin utama 16 Mei 08. MCA ada team pengintip dalam parti. Jika ini berlaku , bermakna MCA sendiri dalam pergolakan dalaman. Mungkin ini penyebab bagi ahli MCA menolak MCA dalam PRU 12. Jadi bukan semata-mata pengundi termakan kempen parti pihak lawan saja.

Cuma yang belum keluar lagi kemelut dalam MIC. Jika ini keluar , menunjukan parti-parti komponen BN yang utama ada masalah dalaman yang kritikal.

Suara dari Sabah juga di lihat seperti ngauman harimau saja. Ada tercakap bukan lompat parti tetapi ujud parti baru.Mungkin parti baru ini yang menganggotai PR di Sabah.

Apa pun di Semenjung sekarang ini , antara PR dan BN masing masing mengatur ketua bagi kampong - kampong.Pernah terdengar rintihan dari ketua kampong , agar mengangkat taat setia pada BN dan jangan hadiri programe negeri. Lucu juga dengarnya. Jika DO , dan Penghulu hadir tak kan ketua kampong tidak hadir.

Itulah yang terdengar cerita di kedai kopi kini.

Isnin, 5 Mei 2008

siapa yang risau

Siapa yang risau ????. Orang melayu atau UMNO yang risau. Jika melayu yang risau rasanya tak perlu kerana suara melayu di Parlimen 121 orang. Berbanding 120 orang sebelum ini.

Yang selalu di sebut beberapa negeri di kuasai PR. Yang selalu di utarakan melayu sudah hilang kuasa. Dimana kebenaran nya. Setiap Parti Politik ingin berkuasa. Jika tiada impian ini , bukan politik namanya. BN telah hilang kuasa di beberapa negeri. Ini yang jelas, dan parti-parti MCA dan MIC seperti hilang pengaruh kepada kaum yang di wakili.

Apa yang perlu di fikirkan pada semua parti-parti politik terus mengukuhkan kestabilan parti masing-masing untuk terus mendapat perhatian rakyat ( pengundi). Sebagai orang kampong kami lihat semua ada kekurangan , dan semua ada kelebihan. Ingatlah semasa BN berkuasa di negeri-negeri ini , bagaimana keadaan pemimpinnya. Cubalah amati sendiri.

Jumaat, 2 Mei 2008

sebotaj

Kenapa ahli sebotaj parti ????? . Banyak di perkatakan dalam dalam akhbar dan kedai kopi. Saya tertarik dengan Akhbar Perdana 27 April 08. Dalam Isu Perdana tulisan Bidin Berseri Saad. Seharusnya pemimpin UMNO teliti dan fahami maksud ditulis itu. Pada pandangan saya banyak perkara yang benar benar terjadi dalam pimpinan UMNO kini.



Kalau hendak pecat ahli , berapa ramai bolih pecat. Bagaimana dengan pemimpin tertinggi dan bekas pemimpin tertinggi. Seperti mantan PM. Rasanya bolih di kategorikan sebagai sebotaj parti juga. Dan lebih utama lagi Komponen BN sendiri meneliti bersama. Massalahnya sama iaitu sebotaj dari ahli parti. Jangan menuding jari pada ahli bawah saja , fikirkan kenapa terjadi. Seperti anak dengan keluarga. Kita bolih marahkan anak , tetapi kita lupa bahawa kita menyebabkan anak jadi begitu.



Sepatutnya ADUN UMNO/BN yang menang di negeri yang di tadbirkan PR jangan mengeluarkan kata yang kesat. Tunjukan bahasa yang baik dan lembut.Jangan bagi ahli tambah menyampah.Bila saya dengar majlis penerangan , tidak ada kemajuan dalam penyampaian. Kenapa ISU BABI di Selangor di ketengahkan. Tiada cerita bagaimana memupuk semula perpaduan. Memberi ruang pada PR menambah keahlian.



Sehingga sekarang , asyik dengar cerita perbalahan semasa sendiri. Tidak ada muafakatan dalam UMNO yang di tunjukan. Perhubungan kata lain , bahagian kata lain.



Yang anehnya , pemimpin tewas di negeri sendiri sibuk nak bertanding jawatan lebih tinggi. Sedarlah pemimpin UMNO kini.

Pautan berkenaan:

http://ms.shvoong.com/writers/paparem/

Jom dengar lagu